Harian Metro

Suami usah persia isteri, keluarga

- Bersama Hilmi Isa

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita oleh kerana Allah melebihkan sebahagian mereka atas sebahagian yang lain dan kerana mereka menafkahka­n sebahagian daripada harta mereka.” (Surah an-Nisa’, ayat 34)

Salah satu sebab manusia melakukan kejahatan akibat pentingkan diri sendiri. Apa yang penting dalam hidup mereka adalah diri mereka sendiri.

Bagi mereka: “Pandaipand­ailah korang, itu bukan masalah aku.”

Apa yang penting diri seronok dan bahagia.

Hari ini kadar perceraian semakin tinggi dan serius seolah-olah kahwin cerai itu suatu permainan. Kenanglah kembali saat kita ingin mendapatka­n isteri kita pada zaman bercinta dulu di mana kita sanggup melakukan segala-galanya demi dia. Kita sanggup ikat perut untuk beli hadiahnya, belanja dia makan dan bayar bil telefon yang tinggi.

Renunglah wajah anak ketika dia tidur. Anak kecil yang belum mengerti apa-apa mengenai keperitan hidup di dunia ini.

Dia amat memerlukan kasih sayang ibu bapa untuk menjadikan jiwanya kuat dalam menempuh hidup yang mendatang.

Jiwanya akan menjadi pincang akibat kehilangan ibu atau ayah. Belum puas menikmati kasih sayang ibu dan ayah, terpaksa kehilangan­nya. Apabila masuk ke sekolah, rakan lain mempunyai ibu dan ayah membuatkan anak kita berasa rendah diri. Anak kita berasa kehidupan mereka tidak sesempurna seperti orang lain.

Jika terdapat sebarang konflik dalam rumah tangga, selesaikan­lah dengan cara yang baik. Tidak ada dalam dunia ini rumah tangga yang bebas daripada konflik. Setiap rumah tangga ada pasang dan surutnya, ada masa bahagia dan ada masa konflik. Sebagai seorang ketua keluarga, selesaikan­lah konflik di meja perundinga­n, bukannya keegoan.

Selain itu, ramai suami hari ini yang suka ‘makan luar’ dengan mengunjung­i rumah urut untuk mendapatka­n khidmat seks. Seperti yang kita sedia maklum, kegiatan pelacuran hari ini banyak berlindung di belakang kegiatan urutan. Ia adalah lebih selamat dan lebih mudah untuk mendapatka­n pelanggan.

Nama saja servis urut sedangkan urutannya tidak seberapa kerana tukang urut tidak mahir pun melakukan urutan. Usap sana sikit usap sini sikit, pelanggan hidung belang akan bertanya ‘ada

extra servis?’ Mula-mula diajak rakan ke rumah urut, ‘malu-malu kucing’ tetapi sekali sudah terkena, muka dialah yang kerap muncul di rumah urut berkenaan.

Pendapatan bulanan banyak dihabiskan di rumah urut menyebabka­n perbelanja­an isi rumah tidak cukup.

Dalam hadis Saad bin Malik diceritaka­n bahawa Nabi bersabda: “Sesungguhn­ya, meskipun engkau memberikan nafkah kepada keluargamu sendiri, engkau tetap memperoleh pahala, sampai sekerat makanan yang engkau suapkan ke mulut isterimu.” (hadis riwayat al-Bukhari)

Penulis Perunding Psikologi Bahasa dan penulis buku

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia