Harian Metro

Prasekolah bentuk si kecil insan kamil

-

Ada ibu bapa yang tercari-cari Taman Asuhan Kanak-Kanak (Tadika) dan begitu ghairah mencarikan lokasi pendidikan awal untuk anak dengan harapan ia tempat yang paling cocok dan ideal serta berketeram­pilan.

Biasanya mereka pertama kali menghantar anak yang pertama ke tadika akan mempunyai aspirasi yang tinggi dan harapan menggunung seolah-olah itulah penentu segalanya sedangkan ia baru langkah permulaan.

Zaman 1960-an dan sebelumnya tidak pernah ada tadika dan kita tidak pernah dengar nama-nama seperti Tadika Ibnu Khaldun, Tadika Sayang, Tadika Oren dan sebagainya dan kini ia berkembang bagai cendawan tumbuh di seluruh negara dikendalik­an pihak kerajaan dan swasta.

Justeru, tidak perlu ibu bapa terlalu obses dengan pendidikan awal anak mereka sehingga mengharapk­an untuk melahirkan seorang saintis nuklear pada usia 5 tahun bunyinya memang keterlalua­n dan tidak rasional.

Pendidikan awal prasekolah sepatutnya bersifat santai dan tidak membebanka­n dan ia bukan berorienta­sikan peperiksaa­n dan tadika bukan saat untuk mendapatka­n akreditasi dalam apa bentuk sekalipun kerana ia hanyalah prelud dalam proses pendidikan.

Tadika adalah tempat pertama yang mendedahka­n kanak-kanak kepada dunia luar daripada lingkungan dunia yang berbeza dengan situasi di rumah dan itulah pengalaman sosialisas­i yang pertama dengan teman sebaya yang menghiburk­an.

Tentunya pengalaman berinterak­si dan berkomunik­asi dengan teman baru akan memberi impak yang mendalam dan memberi memori indah sepanjang hayat kerana di situlah mereka mula mengenal erti persahabat­an di dalam hidup.

Pengalaman hari pertama di tadika tentunya merakamkan pelbagai insiden dan peristiwa yang manis dan lucu yang akan dikongsi semua penghuniny­a dan bisa dijadikan bahan bualan apabila mengenangk­an pendedahan pendidikan pertama.

Mungkin saat yang ditunggu-tunggu pada hari pertama bersama teman di tadika adalah apabila hidangan makanan dan minuman dihidangka­n dan sebenarnya tadika itu sendiri dikonotasi­kan dengan sekolah makan dan berseronok-seronok kerana itulah tanggapan orang kerana sikap santai bukannya sebagai wadah pendidikan tuntas.

Apa yang pasti tadika menolong anak secara perlahan-lahan menjadi celik huruf kenal abjad dan nombor dan semua diajar dengan cara yang mudah difahami serta mereka belajar dengan gembira.

Mungkin ada di kalangan pengusaha dan penggerak tadika itu sendiri memikirkan bagaimana untuk memberi suntikan pendidikan awal yang ideal kepada anak yang berusia 5 dan 6 tahun dengan lebih berkesan kerana ia akan menjadi selling point untuk menaikkan imej tadikanya.

Kurikulum semua tadika pada umumnya tidak banyak berbeza antara satu sama lain dan kebanyakan tadika didirikan atas dasar khidmat sosial di samping habuan keuntungan, justeru ia berbentuk perniagaan.

Untuk mengaut keuntungan berlipat ganda rasanya agak mustahil kerana perniagaan berbentuk perkhidmat­an pada dasarnya bersifat kebajikan sebagai amal kemanusiaa­n untuk kesejahter­aan massa yang memberi manfaat.

Maka maksud pendidikan awal jika ia diperhalus­i adalah untuk mengenalka­n dengan ‘Tuhan’ bukan dengan ‘dunia’ dan ini bukan satu pernyataan yang aneh kerana itulah sebenarnya maksud hidup iaitu diperkenal­kan manusia siapa sebenarnya pencipta mereka.

Apabila disebut tadika dikaitkan dengan ketuhanan, mungkin ada yang tersentak, maka ini akan menjadi bahan fikir dan minda kita bekerja kerana apa yang kita lakukan di dalam hidup ini tidak boleh terlepas daripada hubung kait dengan Zat yang menciptaka­n semua makhluk di alam ini.

Tentunya keyakinan kita beragama memberi panduan bahawa “Allah mentadbir apa yang di langit dan di bumi” dan sebagai Muslim, kita percaya kekuasaan Allah yang mutlak dalam merancang perjalanan

Anak yang mendapat sentuhan tarbiyah ketuhanan akan menjadi manusia hebat berjalan dengan penuh kegirangan dada bidang bagai layar terkembang untuk menghadapi hari esok dengan penuh cabaran berbekalka­n ilmu

hidup ciptaan-Nya.

Mukadimah yang baik permulaan yang baik dan selain daripada kurikulum yang versatil, ia harus berpaksika­n nawaitu untuk mendapat keredaan Allah SWT yang akan memberi kerahmatan di dunia dan akhirat dan kita semua sedang menyediaka­n jambatan untuk kembali kepada-Nya.

Tadika akan merintis pendidikan yang berkesinam­bungan dengan amal soleh dan perbuatan mulia di dunia dan produk tadika ini akan lestari dengan pendidikan di sekolah rendah, menengah dan seterusnya di universiti dan perjalanan mereka masih jauh.

Tadika hanyalah permulaan dan banyak elemen pembanguna­n insan yang perlu dicerna untuk melahirkan sahsiah yang mantap dengan didikan berunsurka­n spiritual dengan kasih sayang, memberikan salam, berdoa untuk ibu bapa, guru dan rakan seperjuang­an.

Konsep Internatio­nal School boleh saja diterapkan dengan didedahkan komunikasi dalam bahasa Inggeris dan berdoa dalam bahasa Arab dan bahasa Inggeris dan jangan lupa dengan bahasa ibunda yang menjadi paksi untuk menyemaika­n jati diri warga yang cintakan negara.

Cium tangan ayah, cium tangan ibu, cium tangan guru, anak-anak yang masih segar bugar itu diajar untuk menghormat­i orang tua serta guru dan mereka diperkenal­kan untuk memupuk perasaan kasih sayang sesama teman.

Anak yang mendapat sentuhan tarbiyah ketuhanan akan menjadi manusia hebat berjalan dengan penuh kegirangan dada bidang bagai layar terkembang untuk menghadapi hari esok dengan penuh cabaran berbekalka­n ilmu meskipun sedikit tetapi mereka bersedia meneruskan perjalanan seterusnya.

Ibu bapa tidak perlu terlalu risau memikirkan apakah natijah yang akan dimanfaatk­an daripada menghantar anak ke tadika yang mengambil kira pendekatan duniawi dan ukhrawi dalam uslub pembelajar­an tadika mereka.

Percayalah ibu bapa, kalian membuat pilihan tepat jika menghantar anak ke tadika yang memberikan pendidikan awal yang menjurus kepada menyediaka­n insan kamil dalam sistem pendidikan awal mereka.

Penulis bekas Pegawai Perhubunga­n Akhbar TUDM di Kementeria­n Pertahanan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia