Harian Metro

Pertumbuha­n kukuh

- Mohd Anwar Patho Rohman wananwar@bbh.com.my

 Program Transforma­si Ekonomi wujud 2.26 juta peluang kerja

“Kami dibantu dengan asas ekonomi yang kukuh, Program Transforma­si Ekonomi yang kerajaan saya laksanakan pada tahun 2010 mewujudkan 2.26 juta peluang pekerjaan, yang mana satu juta daripada itu adalah pekerjaan berpendapa­tan tinggi.

“Inflasi dan penganggur­an pada paras rendah. Kami menurunkan defisit daripada 6.7 peratus pada tahun 2009 kepada tiga peratus pada tahun lalu.

“Syukur dengan pendekatan (diambil kerajaan) yang kukuh dan proaktif, kami pulih dengan cepat daripada krisis global antara tahun 2008 hingga 2009 dan kami menikmati tempoh pertumbuha­n yang kukuh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Forum Bandar Sedunia Kesembilan (WUF9) anjuran Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN-HABITAT) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini, semalam.

Turut hadir, Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar dan Pengarah Eksekutif di UN-Habitat, Datuk Maimunah Mohd Sharif.

Forum dengan tema Bandar 2030, Bandar Untuk Semua: Me-laksanakan Agenda Bandar Baharu itu disertai 89 Menteri dan Timbalan Menteri dari 61 negara serta 24,700 delegasi dari 192 negara.

Forum dwitahunan itu juga adalah platform bagi membincang­kan dan membentang­kan komitmen, strategi dan inovasi, mengenal pasti peranan institusi serta meneruskan perkongsia­n dalam pelaksanaa­n Pembanguna­n Mampan dan Pelan Tindakan Agenda Bandar Baharu (NUA).

Najib turut berkata, kerajaan juga sentiasa mengutamak­an kepentinga­n rakyat yang tinggal di bandar seperti mewujudkan program membina ribuan rumah mampu milik untuk mereka yang berpendapa­tan rendah.

Malah, katanya, kerajaan hanya mengenakan caj rawatan serendah RM1 di Klinik 1Malaysia, mengecuali­kan cukai kepada barang makanan tertentu, menyediaka­n kursus latihan dan pelbagai inisiatif termasuk insentif perniagaan khasnya kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang menjadi tulang belakang ekonomi negara.

“Walaupun Bandaraya Kuala Lumpur terkenal di seluruh dunia, menjadi bandar ke-10 yang sering dilawati di dunia, keenam terbaik pilihan tempat bersara manakala Georgetown di tempat ke-10, kami sentiasa memastikan kehidupan rakyat Malaysia di bandar menikmati kualiti hidup yang baik dan lestari untuk generasi akan datang.

“Itulah sebabnya kami melabur dalam bidang pengangkut­an awam seperti Mass Rapid Transit (MRT) di Lembah Klang dan Sistem Transit Rapid yang saya dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong setuju dibina menghubung­kan Johor Bahru dan Singapura.

“Ia adalah bidang yang diabaikan pada masa lalu kerana terlalu mengutamak­an industri pembuatan kereta,” katanya.

 ?? FOTO: HAFIZIE SHABUDIN ?? NAJIB menerima cenderahat­i daripada Maimunah pada Majlis Perasmian Forum Bandar Sedunia Kesembilan di KLCC, semalam.
FOTO: HAFIZIE SHABUDIN NAJIB menerima cenderahat­i daripada Maimunah pada Majlis Perasmian Forum Bandar Sedunia Kesembilan di KLCC, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia