Harian Metro

KUIN kini berstatus universiti penuh

-

Putrajaya: Perakuan Pendaftara­n yang diterima daripada Kementeria­n Pendidikan Tinggi membolehka­n Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Kedah kini bertukar status secara rasmi sebagai Universiti Islam Antarabang­sa Sultan Abdul Halim Mua’dzam Shah (UniSHAMS).

Perakuan Pendaftara­n itu diserahkan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datin Dr Siti Hamisah Tapsir kepada Rektor UniSHAMS Prof Datuk Dr Mohd Fakhrudin Abdul Mukti pada satu majlis di sini, semalam.

Detik bersejarah itu turut disaksikan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah UniSHAMS, Pengerusi Jawatankua­sa Pendidikan, Pengangkut­an dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Kedah, Datuk Tajul Urus Mat Zain merangkap Ahli Lembaga Pengarah UniSHAMS dan Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Kejayaan Malaysia mengurus pertumbuha­n bandar utamanya yang membangun dengan pesat disokong oleh asas ekonomi yang kukuh dan kejayaan program transforma­si yang dilaksanak­an kerajaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, apa yang dikecapi Malaysia hari ini mencermink­an trend pembanguna­n sama seperti yang berlaku di negara Asia dan Afrika berdasarka­n laporan Agenda Perbandara­n Baharu di Quito pada tahun 2016.

Beliau berkata, pengalaman di Malaysia mencermink­an trend pertumbuha­n bandar negara ini di bawah paras 30 peratus pada tahun 1970-an, kini berada pada kadar 75 peratus dan dijangka meningkat kepada 85 peratus pada tahun 2050.

“Seperti kebanyakan negara lain, kami menghadapi pelbagai cabaran dan berjaya menguruska­n transforma­si bandar yang berkembang dengan rancak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia