Harian Metro

Perlu RM10,000 bedah jantung berlubang

-

Kota Bharu: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun, Nor Alia Balqis Mohd Norzamy memerlukan bantuan orang ramai bagi menampung kos pembedahan jantung berlubang dihidapiny­a sejak lahir.

Murid tahun lima Sekolah Kebangsaan (SK) Seribong itu memerlukan wang RM10,000 untuk menjalani pembedahan jantung di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dalam jangka masa terdekat.

Ibunya, Rosmayuzy Mohd Yusoff, 34, berkata, dia tidak tahu bagaimana mahu mencari wang untuk membiayai kos pembedahan anaknya.

“Pada tahun lalu, doktor merawat anak saya memberitah­u supaya memohon pembiayaan kos pembedahan di unit kebajikan HUSM berikutan keadaan keluarga yang susah namun perkara itu mengambil masa.

“Jika nak harapkan pendapatan suami, Mohd Norzamy Ibrahim, 36, yang bekerja sebagai tukang rumah RM50 sehari tidak cukup untuk menampung kos pembedahan Angah (Nor Alia).

“Selain Angah, kami juga mempunyai tiga tanggungan lain iaitu Nor Faizatul Natasya, 11, dan Nor Adriana Batrisya, 8, masing-masing bersekolah di SK Seribong serta Nor Syaliana Aira berusia dua tahun,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Jelutong, Seribong.

Katanya, dari segi luaran dan fizikal, anak kedua daripada empat beradik itu dilihat seperti kanak-kanak normal lain, namun tidak ramai yang tahu tubuh kecil itu menanggung derita akibat penyakit dihidapiny­a.

“Bagi pemantauan berkala, setiap enam bulan sekali saya perlu membawa Angah menjalani pemeriksaa­n susulan di HUSM bagi dipantau doktor untuk melihat keadaan jantungnya.

“Harapan saya supaya Angah dapat menjalani pembedahan dengan secepat mungkin bagi mengelakka­nnya menghadapi sebarang risiko pada masa depan,” katanya.

Sementara itu, Pentadbir Mukim Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Tumboh, Wan Azizi Wan Ab Ghani berkata, dia akan membantu keluarga ini dengan memohon bantuan bulanan daripada JKM dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK.

“Selain itu, saya juga akan memohon kepada Jabatan Pembanguna­n Persekutua­n (JPP) memandangk­an rumah yang didiami enam beranak ini terlalu sempit dan tidak mempunyai ruang tidur,” katanya.

“Kami sekeluarga reda, walaupun along dan adik sakit, mereka tetap anak kami, anak syurga kami,” kata Norfazilah Abdullah, ibu kepada dua anak yang menghidap dan sawan tarik.

Ibu berusia 31 tahun itu mengakui dia dan suami, Rosmizan Ab Rahim, 36, bimbang mengenangk­an nasib kedua-dua anaknya, Muhammad Danish Haikal, 10, yang dipanggil along dan Muhammad Daniel Hakim, 3, yang disapa dengan panggilan adik andai mereka berdua ditakdirka­n pergi dulu.

“Nak tambah anak pun kami sudah fikir secara mendalam, takut along dan adik terabai, ini kan pula jika kami tiada, siapalah yang akan menjaga mereka berdua.

“Kami reda dengan keadaan mereka berdua dan sentiasa mendoakan supaya mereka sihat seperti orang lain. Kami bahagia membesarka­n anak-anak syurga ini,” katanya ketika ditemui Harian Metro di kediaman ibunya di Kampung Tengah,

 ??  ?? NOR Alia Balqis memerlukan bantuan RM10,000 bagi menampung kos pembedahan.
NOR Alia Balqis memerlukan bantuan RM10,000 bagi menampung kos pembedahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia