Harian Metro

2 anak sawan tarik

- Muhammad Mustakim Ramli m.mustakim@bh.com.my

 Suami isteri bimbang nasib dua zuriat hidap cerebral palsy

dekat Kuala Perlis.

Norfazilah berkata, kedua-dua anaknya dikesan menghidap cerebral palsy pada usia empat dan lima bulan di mana sebelum itu mereka normal dalam kandungan dan ketika dilahirkan.

“Mereka akan mengalami sawan tarik belasan kali sehari dan ada masanya sehingga 25 kali sehari. Tempoh tarik itu tidak lama dalam dua hingga tiga minit tetapi selang 15 minit kemudian jadi semula,” katanya.

Menurutnya, lebih meruntun jiwa apabila ada ketika kedua-dua beradik berkenaan menangis tidak henti sehingga pernah selama 12 jam.

“Mereka tidak tarik, mungkin mereka sakit dari bahagian dalam yang kita tidak tahu. Malah waktu tidur mereka juga tidak menentu, ada masanya malam berjaga, jadi saya dan suami perlu memantau mereka setiap masa bagi mengelak kejadian tidak diingini,” katanya.

Selain itu, Rosmizan dan Norfazilah juga berpotensi mendapat anak yang mempunyai penyakit sama sekiranya mereka merancang menambah zuriat.

“Setakat ini pakar hanya mengatakan tetapi juga berkemungk­inan ada simptom lain berikutan dua anak kami mengalami masalah yang sama kerana mengikut kes, hanya seorang dalam keluarga mengalami penyakit seperti ini.

“Sampel darah kami sekeluarga dikaji di Belanda untuk mengesan penyakit sebenar anak kami. Jika mendapat maklum balas positif, saya boleh merancang anak ketiga dan bebas daripada penyakit berkenaan,” katanya.

Keadaan kesihatan kedua-dua anaknya menuntut Norfazilah berhenti kerja dan segala keperluan mereka sekeluarga kini ditanggung suaminya yang bekerja sebagai buruh dengan pendapatan secara harian.

“Gaji tidak menentu, sebulan sekurang-kurangnya enam kali ke hospital, bukan satu hospital tetapi tiga hospital iaitu Hopsital Tuanku Fauziah, Kangar, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar dan Hospital Pulau Pinang.

“Setakat ini kami mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM600 sebulan. Malah baru-baru ini kami turut menerima bantuan daripada Muslim Care Malaysia,” katanya.

Beliau juga mengakui memerlukan bantuan bagi menyiapkan rumahnya yang terletak bersebelah­an rumah ibu bapanya demi keselesaan anaknya.

Orang ramai yang mahu menghulurk­an sumbangan boleh menyalurka­nnya ke Muslim Care Malaysia menerusi akaun Bank Islam 1401401014 7470, Bank Muamalat 1401000765­4717 dan Maybank 5644904138­82.

 ??  ?? NORFAZILAH dan Rosmizan bersama dua anak mereka, Muhammad Daniel Hakim (kanan) dan Muhammad Danish Haikal yang menghidap cerebral palsy dan sawan tarik.
NORFAZILAH dan Rosmizan bersama dua anak mereka, Muhammad Daniel Hakim (kanan) dan Muhammad Danish Haikal yang menghidap cerebral palsy dan sawan tarik.
 ?? Norfazilah Abdullah ?? Sampel darah kami sekeluarga dikaji di Belanda untuk mengesan penyakit sebenar anak kami. Jika mendapat maklum balas positif, saya boleh merancang anak ketiga dan bebas daripada penyakit berkenaan”
Norfazilah Abdullah Sampel darah kami sekeluarga dikaji di Belanda untuk mengesan penyakit sebenar anak kami. Jika mendapat maklum balas positif, saya boleh merancang anak ketiga dan bebas daripada penyakit berkenaan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia