Harian Metro

PPR lebih teratur

- Aliza Shah dan Julia Fiona aliza.shah@nstp.com.my

 3PAN selia pengurusan sewa, selenggara lebih komprehens­if

Penubuhan Perbadanan Pengurusan Perumahan Awam Negara (3PAN) oleh kerajaan di bawah Kementeria­n Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan memastikan pengurusan Program Perumahan Rakyat (PPR) lebih sistematik, terutama dalam menangani isu pengurusan sewaan dan penyenggar­aan kemudahan di PPR berkenaan.

Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata 3PAN juga akan membantu kerajaan merancang semula perumahan awam kos rendah dan sederhana yang berusia lebih 20 tahun.

Menurutnya, badan berkenaan bukan saja akan membuat perancanga­n supaya kediaman lebih baik termasuk dari segi bilik dan kemudahan lain tetapi juga akan mengatasi masalah pembuangan sampah dan barang terpakai yang berada di luar kawalan.

“Dalam keadaan sekarang selepas kerajaan menyiapkan projek perumahan awam, ia akan diserahkan kepada kerajaan negeri. Namun ia nyata tidak efektif berikutan ada kerajaan negeri di bawah pemerintah­an parti pembangkan­g yang gagal menjaga kebajikan penduduk.

“Kini sudah tiba masanya untuk kerajaan mewujudkan 3PAN yang akan merancang dan menguruska­n semua rumah ini dengan teratur. Kerajaan yakin kerja penyenggar­aan PPR akan menjadi lebih baik dan sempurna, termasuk melakukan penambahba­ikan untuk pembanguna­n semula kawasan atau projek menerusi tatakerja 3PAN yang lebih sistematik,” katanya kepada akhbar New Straits Times (NST).

Beliau berkata, 3PAN akan dimasukkan di bawah Akta Perbadanan Pengurusan Perumahan Awam Negara yang kini digubal sebagai akta baru.

“Akta berkenaan sudah diluluskan oleh Kabinet dan dihantar ke Peguam Negara untuk penilaian akhir sebelum dibentangk­an di Dewan Rakyat,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai pelan roboh dan bina semula rumah yang berusia lebih 20 tahun, beliau berkata, 3PAN akan menjalanka­n analisis lebih dahulu mengenai keadaan setiap bangunan sebelum mengambil tindakan lanjut.

“Dalam perancanga­n baru itu nanti, kawasan letak kereta yang lebih luas, taska dan ruang rehat untuk warga emas akan diberi keutamaan.

“Semua pemilik rumah tidak perlu risau untuk hilang hak ke atas rumah masing masing apabila perancanga­n baru itu dilaksanak­an berikutan akta baru itu akan memberi jaminan hak milik kepada mereka,” katanya.

 ??  ?? ABDUL Rahman
ABDUL Rahman

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia