Harian Metro

Rampas 3.6 juta rokok

- Mohamad Zulhairie Manzaidi am@hmetro.com.my

 Dua lelaki leka punggah bahan larangan bernilai RM2.6 juta ditahan

Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor merampas 3.6 juta rokok putih dan keretek membabitka­n nilai keseluruha­n RM2.6 juta, malam kelmarin.

PPM melakukan serbuan ke atas premis tak bernombor di Kampung Jeram, Pasir Puteh, jam 9.30 malam ketika dua lelaki leka memunggah bahan larangan itu ke dalam stor.

Pegawai Pemerintah Asisten Superinten­dan Ahmad Amri Abd Rahman berkata, dalam serbuan itu, pihaknya menahan dua lelaki terbabit dan menyita kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Pajero.

Katanya, bertindak

atas maklumat dan risikan, serbuan dilakukan dua pegawai dan 12 anggota di permis terbabit.

“Kami dapati 343 kotak mengandung­i 199,700 karton rokok putih dan keretek jenis Saat, Astro, Gudang Garam, Nusantara serta Touro.

“Stor terbabit dijadikan transit sejak setahun lalu sebelum diedarkan ke pasaran di sekitar Kelantan,” katanya di Markas Operasi PPM Wilayah Pengkalan Kubor di sini, semalam. Katanya, rokok berkenaan diseludup dari Indonesia sebelum dibawa ke negara ini melalui pantai barat Semenanjun­g.

“Rokok terbabit mendapat permintaan tinggi terutama penduduk negeri ini kerana harga murah. Ini rampasan terbesar PPM Pengkalan Kubor untuk tahun ini dan pihak kami terus mempergiat­kan operasi bagi membantera­s aktiviti jenayah rentas sempadan,” katanya.

Ahmad Amri berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967.

 ??  ?? AHMAD Amri (dua dari kiri) bersama anggotanya menunjukka­n sebahagian daripada 343 kotak yang dirampas di stor premis tanpa nombor di Kampung Jeram, Pasir Puteh, semalam.
AHMAD Amri (dua dari kiri) bersama anggotanya menunjukka­n sebahagian daripada 343 kotak yang dirampas di stor premis tanpa nombor di Kampung Jeram, Pasir Puteh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia