Harian Metro

Cemas menantu nak bersalin

- Khalid Latip news@nstp.com.my

“Hanya Tuhan tahu betapa gembiranya saya dapat menatap wajah cucu pertama,” demikian luahan suri rumah, Jeleni Sadan, 47, ibu mentua mangsa banjir yang terperangk­ap di Rumah Panjang Libai Nanga Dong, pagi semalam.

Mangsa, Josephine Nadia Pren, 27, diselamatk­an sepasukan pegawai dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) apabila kawasan penempatan itu terputus hubungan selepas satu-satunya laluan penghubung­nya ditenggela­mi banjir.

Josephine kemudian dikejarkan ke Klinik Kesihatan Nanha Entabai, di sini, bagi memeriksa kandungann­ya sebelum dipindahka­n ke Hospital Sarikei untuk menjalani pembedahan.

Menurut Jeleni, ketika kejadian, paras air mulai surut, namun mereka berdepan kesukaran kerana laluan utama ke Pekan Pakan masih ditenggela­mi banjir.

“Keadaan menjadi cemas apabila menantu saya mengadu sakit perut sejak kelmarin. Ketika itu, saya amat risaukan keselamata­n menantu saya dan cucu dalam kandungann­ya.

“Bagaimanap­un, saya menarik nafas lega selepas dia berjaya diselamatk­an,” katanya.

Jeleni berkata, walaupun berdepan kesukaran sejak kelmarin, dia kini bersyukur kerana menantunya melahirkan bayi perempuan yang sihat dan comel.

“Tiada apa yang saya dapat ucapkan melainkan terima kasih kepada semua pihak yang terbabit terutama APM dan pasukan perubatan,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian Sarikei Leftenan Mackinly Jores berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan dari Klinik Kesihatan Nanga Entabai yang memohon bantuan membawa mangsa untuk bersalin, selain mengalami komplikasi kesihatan.

Bagaimanap­un, katanya, pergerakan ke lokasi menghadapi kesukaran kerana laluan penghubung ditenggela­mi banjir.

“Jarak perjalanan pula kira-kira 35 kilometer dari Pekan Julau. Pihak Klinik Kesihatan Nanga Entabai diarahkan untuk memantau keadaan pesakit sambil mendapatka­n khidmat nasihat pakar dari Hospital Sibu.

“Pada jam 8.15 malam semalam (kelmarin) mangsa berjaya dihantar ke Klinik Kesihatan Julau untuk pemeriksaa­n sebelum dikejarkan ke Hospital Sarikei dengan menggunaka­n kenderaan pacuan empat roda (4WD) milik Klinik Kesihatan Julau. Operasi ini turut dibantu penduduk setempat,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA APM dan kakitangan perubatan membantu memindahka­n Josephine yang hendak bersalin dari Klinik Kesihatan Julau ke Hospital Sarikei.
ANGGOTA APM dan kakitangan perubatan membantu memindahka­n Josephine yang hendak bersalin dari Klinik Kesihatan Julau ke Hospital Sarikei.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia