Harian Metro

Lebai dituduh carut tunang

- Sarah Zulkifli news@nstp.com.my

 Guru agama tak mengaku hantar WhatsApp

Seorang guru agama mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas pertuduhan mengaibkan kehormatan tunangnya dengan mencarut melalui aplikasi WhatsApp, dua minggu lalu.

Tertuduh, Mohammad Azizi Iqmal Abdullah, 41, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu yang dibacakan ke atasnya di hadapan Majistret Nurshahira­h Abd Salim.

Terdahulu, lelaki mualaf itu dilihat tenang sepanjang prosiding di kandang tertuduh.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mengaibkan tunangnya yang berusia 37 tahun dengan menghantar mesej melalui WhatsApp antaranya berbunyi ‘ko siap ko, aku akan bunuh ko, anak ko, aku bunuh diri aku sekali, ko tengok apa aku buat, ko tengok’.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Kondominiu­m Koi Tropika, Batu 13 1/2, Jalan Puchong, di sini, pada jam 9.15 malam, 28 Januari lalu.

Dakwaan kes dilakukan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Abu Arsalnaa Zainal Abidin tidak menawarkan sebarang jaminan kerana ketiadaan penjamin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah tidak membenarka­n tertuduh diikat jamin dan menetapkan 14 Mac depan untuk sebutan semula kes.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia