Harian Metro

23 warga asing ditahan di pondok pengawal

-

Kuala Lumpur: Seramai 23 warga asing bekerja sebagai pengawal keselamata­n ditahan penguat kuasa Jabatan Imigresen Selangor dan Bahagian Keselamata­n dan Ketenteram­an Awam, Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) dalam serbuan menerusi Op Ikrar serta Op Bersama dijalankan di 16 pondok kawalan keselamata­n sekitar Lembah Klang, selama dua hari bermula Isnin lalu.

Semua yang ditahan adalah lelaki berusia antara 20 hingga 50 tahun kerana tidak memiliki dokumen serta pas kerja yang sah dan bertugas di pondok kawalan keselamata­n di kawasan perumahan serta premis perniagaan sekitar Ampang, Cheras, Petaling jaya, Subang jaya, Puchong, Klang dan Shah Alam.

Pengarah Imigresen Selangor Omran Omar berkata, dalam operasi pertama pada Isnin lalu, Jabatan Imigresen Selangor menerusi Op Ikrar menyerbu 16 pondok keselamata­n dan menjalanka­n pemeriksaa­n terhadap 63 pengawal keselamata­n.

Katanya, hasil serbuan itu 13 pengawal keselamata­n warga asing ditahan.

“Manakala, menerusi Op Bersama dijalankan Jabatan Imigresen Selangor serta Bahagian Keselamata­n dan Ketenteram­an Awam KDN, pada Selasa lalu, sebanyak tujuh pondok keselamata­n diperiksa.

“Hasilnya kita menahan 10 pengawal keselamata­n warga asing dengan kesalahan sama iaitu tidak mempunyai dokumen serta pas kerja yang sah,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarka­n petang semalam.

Menerusi Op Bersama dijalankan Jabatan Imigresen Selangor serta Bahagian Keselamata­n dan Ketenteram­an Awam KDN, pada Selasa lalu, sebanyak tujuh pondok keselamata­n diperiksa” Omran

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia