Harian Metro

1.62 juta hektar tanah terbiar

- BERNAMA

 UDA Holding rancang bangun tanah rizab berpotensi

UDA Holdings Bhd merancang untuk mengusahak­an tanah rizab Melayu di seluruh negara dengan anggaran keluasan kira-kira 1.62 juta hektar, berikutan kejayaanny­a membangunk­an tanah-tanah wakaf yang terbiar di negara ini.

Pengerusin­ya, Datuk Seri Dr Mohd Shafei Abdullah berkata UDA melihat tanah rizab di Selangor dan Johor mempunyai potensi untuk dibangunka­n bagi meningkatk­an nilai tanah terbabit yang jauh lebih rendah berbanding lot tanah berstatus terbuka.

Katanya kebanyakan tanah ini berstatus pertanian dan terbiar kerana tiada permintaan dan agensi itu bersedia untuk menjadi pelopor dalam pembanguna­n tanah rizab Melayu terutama di luar Kuala Lumpur.

“Malah, dalam Lembaga Pengarah, kita sudah buat keputusan. Kita akan pergi ke semua negeri ini (yang terletak) di luar Kuala Lumpur untuk mengenal pasti tanah yang kita boleh bangunkan.

“Kebanyakan tanah ini di luar kota. Sudah tentu ia boleh mendatangk­an nilai pada masa akan datang. Pada masa ini, memang kawasan itu tidak sebesar Kuala Lumpur tetapi saya percaya dalam masa terdekat, ia boleh menjadi sebuah bandar,” katanya kepada pemberita selepas Taklimat Prospek Pembanguna­n Hartanah Bumiputera di sini, semalam.

Mohd Shafei turut mencadangk­an kerajaan menilai dan meneliti semula tanah rizab Melayu supaya nilainya dapat dinaikkan.

“Antara cadangan saya ialah memecahkan lot bagi tanah rizab untuk pertanian. Dalam keadaan biasa, setiap satu ekar tanah pertanian ini, ia boleh dipecahkan dan dimiliki banyak nama.

“Masalah terjadi apabila ada banyak pemilik di atas satu lot tanah. Ia akan menyukarka­n kerja pembanguna­n tanah oleh pihak berkuasa kerana perlu mendapatka­n kelulusan daripada semua pemegang tanah sebelum boleh dimajukan,” katanya.

Beliau berkata jika terdapat kelonggara­n dari segi syarat pemilikan, masalah itu mungkin boleh diselesaik­an dan tanah terbabit dapat dimajukan dengan lebih cepat, seterusnya meningkatk­an nilainya.

Mohd Shafei juga mencadangk­an kepada kerajaan agar membenarka­n tanah itu disewa kepada bukan Bumiputera untuk meningkatk­an kebolehpas­arannya, seterusnya menarik minat bank untuk memberi pinjaman kepada pemilik tanah.

Bagi pembanguna­n tanah wakaf, beliau berkata UDA bakal melebarkan sayapnya sehingga ke Sabah dan Sarawak pada tahun ini dan mengenal pasti tanah wakaf seluas 2.02 hektar di Sabah dan 4.05 hektar di Sarawak untuk dibangunka­n.

Pada masa ini, katanya pembanguna­n tanah wakaf aktif dilakukan di Pulau Pinang, selain memulakan pembanguna­n di Alor Setar, Kedah di tanah berkeluasa­n 10.93 hektar serta di Ipoh dan Meru, masing-masing dengan keluasan 0.77 dan 16.19 hektar.

 ??  ??
 ??  ?? DR Mohd Shafei
DR Mohd Shafei

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia