Harian Metro

Celcom tawar tiket penerbanga­n percuma

-

Kuala Lumpur: Celcom Axiata Berhad (Celcom) mengumumka­n pelan pasca bayar terbarunya yang menawarkan lebih banyak keistimewa­an kepada pelanggan termasuk tiket penerbanga­n pergi balik percuma ke mana-mana destinasi negara ASEAN.

Pelanggan Celcom First berpeluang memilih dua keistimewa­an iaitu tiket penerbanga­n yang hanya boleh dinikmati sekali atau dua ganjaran bulanan lain oleh rakan niaga Celcom.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi Perniagaan­nya Azwan Khan Osman Khan berkata, pelanggan

Celcom First bukan saja menikmati data, malah keistimewa­an gaya hidup yang memuaskan.

“Kami ingin memastikan pelanggan kami memperoleh pengalaman terbaik daripada Celcom tanpa mengira sama ada melalui ruang digital atau aktiviti gaya hidup harian mereka,” katanya pada pelancaran Celcom First Lifestyle di sini, semalam.

Beliau berkata, pengguna yang melanggan First Platinum pada harga RM148 (60GB) atau First Platinum

Plus pada RM188 (100GB) selama 12 bulan akan menikmati keistimewa­an baru secara automatik.

Menurutnya, keistimewa­an itu membabitka­n perayauan data percuma dan panggilan serta pesanan ringkas (SMS) tanpa had ke sembilan negara ASEAN

(First Platinum Plus), data perayauan percuma ke sembilan negara ASEAN (First

Platinum) dan AnydayGB percuma.

“Mereka boleh menikmati akses premium Iflix dan Yonder Music tanpa had secara percuma dan salah satu daripada keistimewa­an gaya hidup ditawarkan,” katanya.

 ??  ?? AZWAN Khan (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran Celcom First Life Style, semalam.
AZWAN Khan (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran Celcom First Life Style, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia