Harian Metro

Rekrut nyaris maut bom meletup ketika buang air

-

Aceh: Dua rekrut Tentera Nasional Indonesia menjadi mangsa letupan bom tangan ketika menjalani latihan ketenteraa­n di maktab tentera Rindam Iskandar Muda.

Kedua-dua mangsa dilaporkan mengalami kecederaan serius.

Ketua Maklumat Iskandar Muda, Kolonel Kav Rusdi berkata: “Memang benar kemalangan itu berlaku ketika mereka menjalani latihan.”

Menurut detik.news, kedua-dua mangsa letupan bom tangan itu dikenali sebagai Wisna dan Hermanto Selian.

Kejadian berlaku kira-kira jam 12.20 tengah hari kelmarin.

Ketika itu pelajar daripada kumpulan C dan D bersiap sedia untuk mengikuti latihan menembak.

Tetapi sebelum itu, ahli kedua-dua kumpulan berkenaan mengadakan latihan fizikal di depan lapangan menembak.

Hermanto kemudian mengadu sakit perut ketika mengadakan latihan kerana mengalami cirit-birit dan meminta izin untuk ke tandas.

Jurulatih meminta Wisna menemani Hermanto dan diarahkan membuang jauh dari lapangan menembak.

Bagaimanap­un, kerana tidak tahan Hermanto tidak mengikuti arahan jurulatih, sebaliknya dia memutuskan membuang air di sebuah kolam tanpa menyedari itu tempat bahan letupan dibuang.

Secara tiba-tiba letupan berlaku menyebabka­n pelatih dan pelajar bergegas ke tempat kejadian sebelum menemui kedua-dua mangsa terbaring.

Mereka kemudian mengejarka­n kedua-dua mangsa ke hospital.

Liputan6.com melaporkan, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan serius dan masih dirawat. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia