Harian Metro

Tembak 130 kali, 74 di kepala

-

Jakarta: Orang utan yang mati dengan kepalanya dipenggal di Kalimantan dipercayai dijadikan sasaran menembak secara kejam oleh dua penoreh getah berikutan bedah siasat menemui 130 kesan tembakan senapang angin, selain kesan luka dan lebam.

“Orang utan itu juga menjadi buta akibat terkena tembakan. Kami menemui 74 kesan peluru senapang angin di kepala haiwan itu,” kata Ramadhani, Pengurus Pusat Perlindung­an Orang Utan di Kalimantan.

Menurutnya, secara keseluruha­n, pihaknya menemui 130 kesan peluru menjadikan­nya jumlah terbesar dalam sejarah ‘konflik’ antara manusia dengan orang utan di Indonesia.

Polis sudah menahan dan mendakwa dua lelaki bulan lalu kerana menembak dan memenggal kepala orang utan itu di Kalimantan Tengah. Dua lelaki terbabit mendakwa mereka membunuh haiwan itu bagi mempertaha­nkan diri.

Mereka mengaku menembak orang utan berkenaan beberapa kali sebelum memenggal kepala haiwan itu dan melemparka­n bangkainya ke dalam sungai di Barito, Kalimantan Tengah.

Jika disabitkan kesalahan, suspek berusia 32 dan 41 tahun itu berhadapan hukuman penjara lima tahun.

Ketua Polis Kalimantan Tengah, Anang Revandoko, berkata, mereka menembak haiwan itu dan apabila ia tidak mati, seorang daripada mereka memenggal kepala orang utan itu yang ditanam di belakang rumah.

Menurut Anang, mereka mendakwa membunuh orang utan itu kerana takut melihat haiwan besar berkenaan tiba-tiba bergerak ke arah mereka.

Orang utan boleh membesar sehingga saiz manusia dan mempunyai tangan yang kuat, namun biasanya hanya menyerang jika habitatnya terancam. - Reuters

 ??  ?? GAMBAR fail pada 6 Februari lalu menunjukka­n aktivis memegang imbasan x-ray orang utan yang dibunuh kejam di Kalimantan. - AFP
GAMBAR fail pada 6 Februari lalu menunjukka­n aktivis memegang imbasan x-ray orang utan yang dibunuh kejam di Kalimantan. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia