Harian Metro

Tak mahu lepas peluang kedua: PSNT

-

Persatuan Sepaktakra­w Negeri Terengganu (PSNT) menarik nafas lega apabila tiga sukan yang digugurkan sebelum ini kembali dipertandi­ngkan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 yang berlangsun­g di Perak, September ini.

PSNT menganggap keputusan yang diputuskan Mesyuarat Jawatankua­sa Tertinggi SUKMA dipengerus­ikan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar itu sebagai langkah tepat.

Presiden PSNT, Mohd Shapian Ali berkata, pihaknya menyambut baik keputusan itu dan menyifatka­nnya sebagai peluang kedua buat semua persatuan sepaktakra­w negeri serta pemain.

Beliau berkata, pihaknya bersama Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) sudah melakukan program latihan yang dirangka sejak 2016 lagi.

“Malah, kita juga melakukan persiapan cukup rapi dengan menghantar atlet menjalani latihan dan menyertai kejohanan di Thailand.

“Keputusan yang dibuat ini secara tidak langsung menghargai inisiatif yang dirancang PSNT dan MSNT sebagai persiapan menghadapi temasya di Perak nanti,” katanya.

Sebelum ini, Lembaga Pengurus Majlis Sukan Negara (MSN) dipengerus­ikan Khairy melakukan keputusan mengejut apabila menggugurk­an tiga sukan teras iaitu sepaktakra­w, taekwondo dan angkat berat dari temasya SUKMA.

Keputusan itu sekali gus memberi tamparan hebat buat badan induk sukan terbabit apabila tidak dapat menghantar atlet ke Perak.

Mengulas lanjut, Mohd Shapian yang pernah menjadi Timbalan Presiden Persatuan Sepaktakra­w Malaysia (PSM) berkata, pihaknya berasakan acara sepaktakra­w wajar terus dipertandi­ngkan di SUKMA kerana ia adalah antara platform pembanguna­n sukan itu sendiri.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia