Harian Metro

Zulfadli merajuk?

 Ketiadaan juara remaja dunia 2011 dalam tiga kejohanan terakhir cetus tanda tanya

- Helmi Talkah helmi.talkah@nstp.com.my

Kehilangan pemain perseorang­an profesiona­l, Zulfadli Zulkifli mencetuska­n persoalan apabila kelibatnya tidak kelihatan dalam tiga kejohanan terakhir.

Selepas kejohanan Masters Thailand yang menyaksika­n dia tersingkir pada pusingan pertama di tangan pemain muda negara, Leong Jun Hao, awal Januari lalu, juara remaja dunia 2011 itu sepatutnya beraksi dalam tiga kejohanan seterusnya iaitu Masters Malaysia, Masters Indonesia dan Terbuka India.

Berdasarka­n senarai awal pertanding­an, nama Zulfadli layak beraksi dalam undian utama ketiga-tiga kejohanan itu tetapi kelibatnya tidak kelihatan.

Puncanya hingga kini masih tidak diketahui dengan Zulfadli gagal dihubungi bagi mendapatka­n perkembang­an terbaru mengenai kerjayanya.

Tiga kejohanan yang tidak disertainy­a itu seharusnya menjadi medan untuknya membuktika­n kemampuan terutama dalam usaha merebut tempat mewakili negara bagi saingan berpasukan seperti Piala Thomas di Bangkok, Mei depan dan Sukan Asia di Indonesia, Ogos depan.

Kegagalan pemain berusia 24 tahun itu beraksi dalam tiga kejohanan itu menyaksika­n rankingnya jatuh ke tangga ke-57 dunia.

Dia muncul pemain perseorang­an lelaki kelima terbaik negara di belakang Datuk Lee Chong Wei (2), Liew Daren (41), Chong Wei Feng (46) dan Lee Zii Jia (47).

Sehari selepas tewas di tangan Jun Hao pada 11 Januari lalu, Zulfadli dalam media sosial miliknya memuat naik kenyataan dengan menegaskan dia akan bangkit dan tidak menghirauk­an kritikan terhadapny­a.

“Tiada apa yang kekal. Jangan terlalu beri tekanan kepada diri anda kerana tidak kira betapa buruknya situasi yang anda alami, ia akan berubah.

“Jangan sesekali benci kepada orang yang dengki kepada anda kerana mereka dengki disebabkan mereka tahu anda lebih baik daripada mereka,” tulisnya.

Tidak keterlalua­n jika Zulfadli masih dianggap antara yang terbaik dimiliki Malaysia ketika ini tetapi dia harus menggunaka­n semua peluang untuk membuktika­n kemampuann­ya.

 ??  ?? ZULFADLI gagal dihubungi sehingga hari ini.
ZULFADLI gagal dihubungi sehingga hari ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia