Harian Metro

Sukar digugat

- Mohd Khairie Khalid khairie@nstp.com.my

 Norliyana tepati status ratu heptatlon negara di SUKIPT 2018

Ratu heptatlon negara, Norliyana Kamaruddin membuktika­n dirinya sukar digugat apabila memperbaha­rui rekod pada temasya Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) kali ini.

Norliyana yang berusia 27 tahun mengutip 4,595 mata dalam tujuh disiplin dipertandi­ngkan sekali gus memadamkan rekod temasya iaitu 3,730 pada 2014.

Penuntut Universiti Putra Malaysia (UPM) itu mengakui dia tampil pada SUKIPT kali ini dengan misi memecahkan rekod biarpun sedikit bergelut dengan kecederaan lutut kanan sejak tahun lalu.

“Pada penyertaan kali ini, memang saya sasarkan untuk memecahkan rekod kerana rekod sebelum ini juga milik saya.

“Mungkin juga ini SUKIPT yang terakhir buat saya,” kata Norliyana ketika ditemui sejurus menamatkan saingan akhir heptatlon di Stadium Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), semalam.

Norliyana yang memecahkan rekod kebangsaan

(gambar)

acara heptatlon pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) lalu dengan kutipan mata 5,247 berkata, selepas ini dia akan berada dalam proses pemulihan.

Dia menjelaska­n namanya sudah berada dalam senarai atlet ke

Sukan

Asia Jakarta-Palembang Ogos depan, jadi dia perlu memberi tumpuan supaya dapat menampilka­n aksi konsisten di sana.

Heptatlon adalah pertanding­an untuk atlet wanita yang membabitka­n tujuh acara iaitu 100 meter berpagar, lontar peluru, lompat tinggi, 200 meter, 800m, lompat jauh dan merejam lembing.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia