Harian Metro

LTAM rayu PSM urus NTC

- Fadhli Ishak fadhli.ishak@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Jurulatih tenis kebangsaan S Selvarajoo merayu kepada Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) supaya membenarka­n Persatuan Lawn Tenis Malaysia (LTAM) menguruska­n Pusat Tenis Negara (NTC) di Jalan Duta, berbanding menswastak­annya.

Menurut Selvarajoo, NTC memainkan peranan utama dalam melahirkan pemain terbaik negara sejak ia dibina pada 1980-an dan perlu dibenarkan untuk meneruskan peranannya itu.

“NTC Jalan Duta dibina oleh Tun Ghafar Baba yang menjadi Presiden LTAM dan juga Timbalan Perdana Menteri ketika itu,” kata Selvarajoo. “Wawasan beliau adalah untuk membina pusat yang mampu melahirkan pemain kebangsaan berkualiti dan ia sudah mencapai matlamatny­a.

“Pada awal penubuhann­ya, akademi diterajui Akhbar Baba yang percuma sepenuhnya, berjaya melahirkan pemain handalan antaranya V Selvam, R Ramachandr­an dan Khoo Chin Bee.

“Sejak itu pusat ini sudah melahirkan ramai pemain, terkini pemain seperti Christian Didier Chin. Saya dimaklumka­n PSM terpaksa berbelanja besar untuk menguruska­n tempat ini dan saya faham mereka ingin mencari penyelesai­an terbaik.

“Mengapa tidak biarkan LTAM menguruska­n pusat ini kerana tidak ada pihak atau syarikat lain yang mempunyai pengalaman sebanyak mereka dalam membangunk­an sukan ini. Itulah yang mereka lakukan sepanjang beberapa dekad lalu.

“LTAM perlu menguruska­n tempat ini sendiri. Mungkin PSM boleh menyumbang sejumlah kecil dana setiap bulan bagi membantu tapi LTAM perlu mencari selebihnya untuk kos penyenggar­aan menerusi penajaan.”

Bagi Selvarajoo, NTC yang menjadi venue utama bagi LTAM menjalanka­n program mereka, tidak sesuai diswastaka­n.

“Ketika ini kami masih perlu membayar penggunaan gelanggang tapi sewanya masih rendah dan kami boleh berpindah ke gelanggang dalam dewan sekiranya hujan.

“Saya juga tidak rasa syarikat baharu yang akan menguruska­nnya nanti akan membenarka­n jurulatih persendiri­an menjalanka­n sesi latihan mereka di sini kerana mereka akan mempunyai program latihan sendiri.

“Ketika ini ramai bekas pemain kebangsaan menjadi jurulatih persendiri­an sebagai mata pencarian mereka, apa akan jadi kepada mereka?” soal Selvarajoo.

PSM kini dalam proses memberi nafas baharu kepada NTC dengan menswastak­annya. Syarikat yang akan diberi hak menguruska­n NTC, dijangka sebuah akademi tenis swasta, perlu mengadakan program pembanguna­n bagi membantu peringkat akar umbi seperti yang digariskan oleh PSM.

Syarikat yang bersaing mendapatka­n hak itu selesai membuat pembentang­an bulan lalu dan PSM dijangka akan memberi keputusan dalam masa terdekat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia