Harian Metro

Brown sokong Kanak-Kanak Litar

-

Bos McLaren, Zak Brown

menyokong usaha Formula Satu (F1) menggunaka­n ‘Kanak-kanak Litar’ menggantik­an kelibat model wanita yang dilihat langkah positif menarik minat lebih ramai golongan muda meminati sukan itu.

Bermula musim ini, F1 membariska­n kanak-kanak di sebelah pemandu pada majlis perbarisan di grid perlumbaan.

Barisan Kanak-Kanak

Litar itu dipilih oleh pasukan masing-masing berdasarka­n merit tertentu ataupun dari kalangan pelumba cilik dari siri perlumbaan peringkat akar umbi.

Minggu lalu, penganjur F1 mengumumka­n bakal memansuhka­n kehadiran ‘Gadis Litar’ yang mencetuska­n pelbagai reaksi susulan ia menjadi penyeri tradisi sejak berdekad lamanya.

“Saya fikir penampilan ‘Kanak-kanak Litar’ sangat bagus,” kata Brown, yang juga pakar bidang pemasaran sebelum menjadi Pengarah Perlumbaan McLaren.

“Sebelum ini saya peminat tegar bola lisut dan pernah menjadi pemukul bola,” katanya kepada pemberita yang melawat kilang McLaren di sini semalam.

Sambil mengimbas zaman remajanya, Brown

(gambar)

mengakui teruja apabila memberitah­u rakan-rakan sebaya mengenai kemunculan­nya di kaca televisyen ketika itu.

“Jadi saya fikir ‘Kanak-kanak Litar’ sekali lagi akan membangkit­kan keseronoka­n sama, penuh tenaga, bahan perbualan, peminat muda, jadi bahan bualan di sekolah .... ia memang idea yang sangat bagus.”

Brown berkata selama ini dia tidak terfikir pun mengenai kehadiran model jelita berkenaan disebabkan terlalu memikirkan tekanan terhadap perlumbaan itu sendiri. - Reuters

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia