Harian Metro

‘Bayern tidak akan tunjuk belas kasihan’

-

Berlin: Jurulatih Bayern Munich Jupp Heynckes berkata, pasukannya tidak akan bersikap ambil mudah dalam usaha memecah rekod sendiri bagi perlawanan paling sedikit diperlukan untuk menjuarai Bundesliga.

Skuad Bavaria itu kini 18 mata di puncak liga, perbezaan mata terbesar pernah dicatat selepas 21 perlawanan daripada 34 aksi musim ini.

Bayern mencatat rekod sebelumnya di bawah kendalian bekas pengurus Pep Guardiola pada 2013/14 apabila mereka disahkan sebagai juara selepas 27 perlawanan.

Biarpun gelaran keenam berturut-turut bakal menjadi milik mereka dengan aksi 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara berdepan Besiktas akhir bulan ini, Heynckes menegaskan pasukannya tidak akan menunjukka­n belas kasihan terhadap lawan mereka di Bundesliga.

“Pasukan ini tidak akan mengambil mudah, tidak kira apa pun kejohanann­ya,” kata Heynckes semalam selepas membelasah kelab divisyen ketiga Paderborn 6-0 pada aksi suku akhir Piala Jerman.

Bayern sudah memenangi 20 daripada 21 perlawanan terakhir mereka dalam semua kejohanan selepas permulaan hambar musim ini menyaksika­n jurulatih sebelumnya Carlo Ancelotti dipecat.

Pertahanan Jerman Mats Hummels berkata, prestasi luar biasa mereka turut menjurus untuk perebutan

posisi dengan matlamat utama ke Piala Dunia.

“Ia mempunyai motivasi tersendiri di mana berlakunya persaingan dalam setiap posisi.

“Pada masa sama, skuad kebangsaan juga akan dipilih jadi semua orang mahu memanfaatk­an setiap perlawanan untuk mempamerka­n aksi terbaik mereka.” - AFP

 ??  ?? HEYNCKES
HEYNCKES

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia