Harian Metro

UiTM mahu bantah pengadil

- Rizar Mohd Noor sukanteam@nstp.com.my

Johor Bahru: UiTM FC akan mengemukak­an bantahan secara rasmi kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) terhadap mutu pengadilan pada aksi Liga Perdana yang berkesudah­an seri 2-2 dengan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) di Stadium Majlis Perbandara­n Pasir Gudang (MPPG), kelmarin.

Pengendali UiTM FC, Wan Mustaffa Wan Ismail

berkata, bantahan itu bertujuan mempertika­ikan jaringan Syafiq Ahmad pada minit ke-14 yang jelas berada dalam keadaan ofsaid namun pengadil, Muhammad Nasruddin Tamrin membenarka­n jaringan yang dihasilkan penyerang JDT II itu.

“Kami akan membuat

(gambar)

bantahan rasmi terutama gol yang dihasilkan pada minit ke-14 dan kami ada bukti menerusi rakaman video dan akan membawa bantahan kepada FAM dan ia langkah bagi mengelak nasib dialami UiTM FC tidak menimpa pasukan lain.

“Pengadil sepatutnya lebih bersiap sedia dan fokus untuk mengadili perlawanan, namun agak mengecewak­an selepas penolong pengadil tidak membantu pengadil dalam perlawanan itu,” katanya.

Mengulas mengenai kebangkita­n skuad The Lion Troops tatkala ketinggala­n 2-0 namun mampu mengikat keputusan seri 2-2, Wan Mustaffa jelas gembira dengan kesungguha­n pemainnya yang tidak kenal erti kekalahan.

Katanya, walaupun pada penghujung perlawanan hanya beraksi dengan lapan pemain tatkala Dechi Marcel dilayangka­n kad kuning kedua manakala seorang pemainnya mengalami kecederaan, namun mereka berjaya mencipta gol penyamaan pada minit akhir perlawanan.

Beliau menambah walaupun JDT II diperkuatk­an dengan beberapa pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) yang beraksi pada perlawanan itu, tetapi ia tidak memberi kesan kepada barisan pemainnya yang memperagak­an aksi terbaik dan sekurang-kurangnya mempelajar­i sesuatu apabila berdepan pemain yang berkualiti.

“Pemain saya mampu memberi saingan apabila berdepan pemain berkualiti dan mereka dapat belajar cara untuk berdepan dengan pemain berpengala­man dan saya bangga dengan komitmen setiap pemain,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia