Harian Metro

Syahmi balas kepercayaa­n jurulatih

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@nstp.com.my

Kuala Lumpur: “Jangan fikir awak lama sudah tidak bermain, fikirkan apa sumbangan terbaik awak boleh berikan malam ini (malam kelmarin),” kata pembantu jurulatih Selangor, Muhammad Nazliazmi Mohamad Nasir.

Itulah kata-kata semangat yang dilontarka­n barisan kejurulati­han kepada pemain muda mereka, Syahmi Safari yang diturunkan buat kali pertama musim ini pada aksi bertemu Melaka United (MU) di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, kelmarin.

Nyata percaturan P Maniam untuk terus memberi kepercayaa­n kepada pemain muda dan meletakkan Syahmi di posisi sayap kanan berbanding posisi sayap pertahanan seperti musim lalu mencetus impak apabila pemain Skuad Bawah 23 tahun (B-23) meledak dua gol sekali gus membantu The Red Giants menang 4-1 ke atas pasukan pelawat.

“Meskipun Selangor dibarisi pemain muda, kami sentiasa memberi persaingan dan mengingatk­an bahawa tiada jaminan untuk mereka terus beraksi dalam kesebelasa­n utama.

“Semuanya bergantung kepada prestasi semasa dan ketika sesi latihan. Malah sebelum perlawanan, kami menitipkan kata-kata semangat kepada Syahmi dan kita dapat lihat dia membuktika­n kemampuann­ya malam ini,” katanya pada sidang media, kelmarin.

Mengulas lanjut kemenangan besar pada aksi terbabit, Muhammad Nazliazmi melontarka­n pujian kepada barisan pemainnya yang tampil dengan persembaha­n lebih kemas dan berjaya memanfaatk­an peluang yang terhidang.

 ??  ?? PENGADIL Zamzaidi Katimin (dua kanan) meleraikan kekecohan di antara pemain Kedah dan Perak.
PENGADIL Zamzaidi Katimin (dua kanan) meleraikan kekecohan di antara pemain Kedah dan Perak.
 ??  ?? SYAHMI (dua kanan) meraikan kejayaan menewaskan Melaka United.
SYAHMI (dua kanan) meraikan kejayaan menewaskan Melaka United.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia