Harian Metro

Dollah congak strategi baru

- Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Selepas menyaksika­n anak buahnya kecundang 1-0 di tangan PKNS FC dalam aksi Liga Super di Stadium Shah Alam kelmarin, jurulatih Pahang, Dollah Salleh sudah mencongak strategi baru.

Kekalahan itu mendedahka­n kelemahan ketara pasukannya di bahagian serangan apabila masih buntu menghasilk­an gol selepas dua perlawanan termasuk ketika seri 0-0 dengan Perak pada aksi pertama liga minggu lalu.

“Ini masalah kita, kita boleh bermain dengan baik tapi penyudah serba tak menjadi. Dalam bola sepak, walaupun kita bermain baik tapi tak menjaringk­an gol, kita akan terima padah. Saya berpuas hati dengan corak permainan tapi kecewa tak mendapat kemenangan,” kata Dollah kelmarin.

Dalam perlawanan itu, Dollah mempertaru­hkan penyerang Norshahrul Idlan Talaha sambil dibantu pemain import Chan Vathanaka dan Mohamadou Sumareh namun gagal menembusi benteng PKNS yang mendapat gol kemenangan menerusi jaringan Safee Sali pada lewat permainan.

Penyerang import dari Argentina, Sergio Ezequiel Unrein masih tidak diturunkan dalam dua perlawanan dan dikatakan masih bergelut untuk menyesuaik­an diri dengan cuaca di negara ini.

Dan ia menguatkan lagi spekulasi mengenai kemungkina­n Unrein bakal digantikan dengan Patrick dos Santos Cruz apabila pemain Brazil itu turut berada di stadium menyaksika­n perlawanan di bangku penyokong.

Bagaimanap­un Dollah enggan mengesahka­n perkara itu meskipun bersedia melakukan rombakan apabila melayan kunjungan Kelantan di Kuantan Sabtu ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia