Harian Metro

Kukuhkan karier di malaysia

-

BCL banyak bertanya rakan senegara strategi tempa nama di sini

keras.

Ditanya barangkali terselit rasa cemburu melihat kejayaan rakan senegarany­a seperti Datuk Rossa, Afgan dan Krisdayant­i yang sering mengadakan konsert di sini, BCL berkata tidak sama sekali.

“Tak pernah timbul rasa cemburu. Kami semua berkawan baik dan saling bertukar ilmu. Saya banyak bertanya kepada mereka mengenai strategi menempa nama di Malaysia.

“Bukan kami saja, malah pihak pengurusan saya dan mereka juga saling berhubung untuk mencari strategi terbaik,” katanya.

Bercerita mengenai keluarga, BCL berkata perjalanan sedekad bersama suami penuh dengan cabaran.

“Ia perjalanan yang indah. Tentunya ada naik dan turun tetapi kami harungi dengan sabar dan gembira,” katanya.

Kata BCL, dia bahagia dikurniaka­n suami yang bertanggun­gjawab dan berjiwa penyayang.

“Bahagia melihat keluarga kami berkembang. Ashraf adalah suami dan bapa yang bertanggun­gjawab.

“Dia juga bijak menguruska­n anak. Bukan itu saja, dia juga sentiasa ada dan tak pernah mengabaika­n keperluan anak kami,” katanya.

Hasil perkahwina­nnya dengan Ashraf, mereka dikurniaka­n seorang zuriat, Noah Sinclair yang kini berusia lapan tahun.

“Noah makin besar. Dia sudah pandai minta adik,” kata BCL seraya ketawa bahagia.

Terbaru, penyanyi lagu Cinta Sejati itu sedang mempersiap­kan diri untuk beraksi di pentas BCL, Anuar Zain & Yuka Kharisma

Live in Concert yang bakal berlangsun­g di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 28 April ini

“Saya akan menyanyika­n sembilan hingga 11 lagu.

Saya sangat teruja berkongsi pentas dengan dua penyanyi hebat iaitu Anuar Zain dan Yuka.

“Sebelum ini, saya sudah biasa mengadakan konsert di negara sendiri. Di Malaysia, ini yang pertama dan saya akan buat sehabis baik,” katanya.

Menjanjika­n konsert yang akan sentiasa diingati, BCL memaklumka­n ada kejutan serta kelainan dari segi susunan muzik dalam lagu yang dipersemba­hkan.

Tiket konsert trio itu boleh dibeli di laman web www. yuka.com.my dan www. tickethotl­ine.com.my.

Beberapa jenis tiket dengan harga berbeza ditawarkan kepada penonton iaitu Intimate (RM2,199), Platinum (RM1,599), Diamond (RM588), Gold (RM488), Silver (RM388), Bronze (RM288) dan Regular (RM188).

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia