Harian Metro

PESERTA BBB MAKIN KREATIF

Persaingan bertambah sengit pada setiap minggu

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Program lawak Bintang Bersama Bintang (BBB) 2018 meraih 1.9 juta tontonan bagi tiga minggu pertama siaran di TV3.

Ini sekali gus menandakan peningkata­n positif bagi program siaran setiap Ahad itu bagi minggu akan datang.

Persaingan yang bertambah sengit pada setiap persembaha­n menyebabka­n belum ada peserta memenangi hadiah mingguan sebanyak dua kali.

Penerbit Eksekutif BBB, Muhamad Sufian Che Isa berkata, program yang memasuki minggu keempat Ahad lalu menyaksika­n kreativti peserta semakin berkembang.

“Saya berharap peserta boleh memberikan persembaha­n lebih baik pada minggu kelima.

“Mereka diberikan tempoh agak lama untuk membuat persiapan kerana kami akan memberi laluan kepada siaran langsung Anugerah Juara Lagu

Ke-32 yang berlangsun­g Ahad ini,” katanya.

Dalam persembaha­n lalu, Ajak dan artis jemputan Atu Zero dinobatkan sebagai pemenang minggu keempat, seterusnya membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000.

Mereka menggunaka­n pendekatan psikologi dalam persembaha­n yang mengisahka­n keluarga kecil di perkampung­an nelayan.

Atu berlakon sebagai anak pulang dari sekolah dan menunjukka­n keputusan ujian yang tidak memberangs­angkan kepada bapanya, Ajak.

Bagaimanap­un si bapa tidak memarahi anaknya sebaliknya memuji pelajar itu. Persembaha­n mereka mendapat tepukan gemuruh penonton di studio serta komen positif daripada barisan juri.

Turut memeriahka­n pentas minggu keempat adalah artis undangan

Bell Ngasri, Mamak Putih, Kak Girl, Jiggy dan Bazli (UNIC).

Manakala juri jemputan adalah pelakon terkenal Izara Aishah.

BBB 2018 bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada setiap Ahad, jam 10 malam.

Maklumat lanjut dan undian pelawak kegemaraan BBB 2018 boleh layari www.xtra. com.my/BBB2018.

Undian atas talian hanya dibuka pada hari bersiaran bermula jam 6 petang.

 ??  ?? ANTARA peserta BBB.
ANTARA peserta BBB.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia