Harian Metro

Strategi pikat pelbagai kaum

- Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Saban tahun dunia hiburan tanah air tidak pernah sunyi diwarnai dengan pelbagai trend terkini untuk menarik perhatian penonton filem dan drama tempatan.

Dalam keghairaha­n pelaku seni mencipta fenomena tersendiri, tidak dinafikan terdapat strategi yang berjaya mencuri perhatian, malah ada juga gagal sehingga dipandang sepi oleh masyarakat.

Melihat cabang industri drama, karya adaptasi novel kini menjadi kegilaan masyarakat bukan saja membawa budaya baharu yang menakutkan malah pelaku seni ini dianggap tandus idea bagi membantu penonton membina kehidupan.

Bagi menambah baik dan menepati sasaran terbabit, Drama Festival Kuala Lumpur 2018 (DFKL) kini diperluask­an apabila menggabung­kan empat saluran televisyen milik Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad iaitu TV3, ntv7, 8TV dan TV9.

Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen

Media Prima Berhad Johan Ishak berkata gabungan itu dibuat untuk membuka peluang kepada masyarakat berbilang kaum terbabit dalam penganjura­n acara tahunan itu.

“Jika sebelum ini DFKL hanya tertumpu kepada TV3, kali ini kami ingin membuka platform lebih luas iaitu penyertaan penonton Cina dan Melayu urban menerusi saluran 8TV serta ntv7.

“Sebagai permulaan, kami melantik pelakon dan pengacara terkenal

8TV, Pauline Tan sebagai duta DFKL 2018. Selain popular dalam kalangan penonton saluran itu, dia dilihat mampu menggalas tanggungja­wab itu,” katanya pada sidang media DFKL

2018 di Ara Dmansara.

Mengulas lanjut penganjura­n acara itu, Johan berkata objektifny­a masih menumpukan pembanguna­n dalam penerbitan drama tempatan.

“DFKL mengekalka­n fokus mahu mencungkil bakat baru dan memberi peluang kepada anak muda menimba ilmu bersama panel berpengala­man dalam industri drama.

“Ia juga peluang keemasan kepada anak muda menunjukka­n bakat terpendam. Kami mengalu-alukan orang ramai mengekspre­sikan imaginasi dan kreativiti mereka untuk mengambil bahagian dalam pertanding­an dianjurkan serta menyertai bengkel bersama panel jemputan” katanya.

Bertemakan #masauntukd­rama, komponen DFKL 2018 menyediaka­n platform mengasah bakat seperti pertanding­an drama pendek peringkat awam

DFKL diperluask­an

apabila menggabung­kan 4 saluran televisyen

Men pengar terhad drama diadap cinta n Fatima meliha seakan idea un skrip b

“Ke menam yang sa itu ber Kalau n letakla pelako

 ??  ?? FASHA Sandha teruja untuk berkongsi tip dan pengalaman­nya berkecimpu­ng dalam bidang lakonan.
D
FASHA Sandha teruja untuk berkongsi tip dan pengalaman­nya berkecimpu­ng dalam bidang lakonan. D
 ??  ?? Sebagai permulaan, kami melantik pelakon dan pengacara terkenal 8TV, Pauline Tan sebagai duta DFKL 2018
Sebagai permulaan, kami melantik pelakon dan pengacara terkenal 8TV, Pauline Tan sebagai duta DFKL 2018

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia