Harian Metro

Terkejut, bagaikan bermimpi

-

negara termasuk Filipina, Indonesia dan Singapura mulai mengikuti band itu.

“Kami sangat bertuah kerana bukan saja peminat di sekitar Kuala Lumpur, namun, ada dari luar kawasan seperti Pulau Pinang dan Putrajaya sanggup datang melihat kami. Sokongan sebegitu sebenarnya sangat menggembir­akan setiap kali membuat persembaha­n.

“Sekali gus, ia membakar semangat kami untuk tampil lebih berseronok di pentas demi menghiburk­an mereka. Tidak dinafikan, memang perasaan gementar itu masih ada namun kami cuba sedaya-upaya tidak memikirkan­nya,” kata Arif.

Selain terus memenuhi undangan persembaha­n, Midnight Fusic juga akan cuba mengembang­kan karier di negara seberang iaitu Indonesia pula.

Bakal berkunjung ke sana pada bulan hadapan, mereka berhasrat mencari ruang membuat promosi di negara itu.

“Tujuan utama kami ke sana sebenarnya untuk merakamkan album mini yang bakal dilancarka­n pada April nanti. Bagaimanap­un, kami semestinya akan mencari peluang untuk membuat persembaha­n jika ada.

“Lagipun, sejak kebelakang­an ini kami mula dibanjiri mesej daripada peminat dari negara itu. Rugi kiranya jika tidak menggunaka­n kesempatan itu untuk bertemu mereka,” katanya.

Album mini Midnight Fusic yang dilancarka­n April nanti itu bakal memuatkan lima lagu termasuk single pertama mereka Heart Of May, Lovesick dan tiga lagu baru.

 ??  ?? MIDNIGHT Fusic lega Lovesick dapat sambutan luar biasa.
MIDNIGHT Fusic lega Lovesick dapat sambutan luar biasa.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia