Harian Metro

IM4U FM BUKAN SEKADAR HIBURAN

-

akan meneruskan program itu sehingga jam 12 tengah hari.

“Misi utama kami adalah untuk menjadi sahabat kepada semua pendengar. Jadi, kalau boleh, kami mahu mendekati mereka dengan menyajikan apa yang mereka mahukan,” katanya.

Kata Tyler yang memulakan tugas di iM4U FM 2014 , dia dan dua rakan penyampain­ya juga membincang­kan topik yang dekat dengan pendengar.

“Contoh terdekat adalah mengenai buli.

Kami membincang­kan apa sebenarnya buli dan bagaimana ia berlaku.

Selain itu, kami juga ada mengundang artis jemputan dan sama-sama membincang­kan topik di samping mendengar pendapat mereka,” katanya.

Bagi Anas, dia tidak hanya mahu iM4U FM sekadar menjadi stesen radio yang menyajikan hiburan, sebaliknya mendidik masyarakat.

“Kami bukanlah mahu bersaing dengan stesen radio lain kerana selain menyajikan kandungan hiburan, pada masa sama memberi pendidikan kepada pendengar.

“Fokus kami juga di sekitar Lembah Klang dan kami cuba pelbagaika­n info yang kami ada kepada pendengar dalam kelompok ini,” katanya.

Anas juga mengakui setiap stesen radio memiliki kekuatan dan identiti tersendiri.

“Untuk kami, muzik yang kami tampilkan juga adalah pelbagai yang terdiri daripada muzik tempatan dan luar negara. Begitu juga bahasa yang kami gunakan iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris,” katanya.

Selain itu, iM4U FM juga tidak melepaskan peluang untuk mendekati pendengar mereka dengan menganjurk­an pelbagai aktiviti.

“Antara aktiviti yang pernah kami jalankan adalah sesi menonton wayang bersama pendengar. Alhamdulil­lah, sambutan menggalakk­an dan kami akan teruskan lagi dengan sesi sebegitu,” katanya.

Bagi Amrita, dia sendiri

Stesen radio dwibahasa didik masyarakat melalui pelbagai segmen

mengakui kurang mahir dalam penguasaan bahasa Melayu. Namun, dia bersyukur dan berterima kasih kerana mendapat tunjuk ajar daripada dua rakannya.

“Kami wujudkan segmen #BMBI apabila kami sama-sama belajar kedua-dua bahasa utama itu. Jadi, apa yang saya boleh katakan, stesen ini seimbang dari segi penggunaan dwibahasa,” katanya.

Selain itu, mereka juga menggunaka­n kepelbagai­an media sosial untuk memberikan lebih alternatif kepada pendengar.

“Kami hasilkan video di YouTube, contohnya video parodi dan juga video di Instagram

Stories untuk sesuaikan dengan peredaran masa,” katanya.

Bagaimanap­un, mereka sentiasa berharap agar program pagi mereka sentiasa mendapat tempat di hati pendengar yang mahukan alternatif dalam berhibur.

 ??  ?? DARI kiri Amrita, Tyler dan Anas. Misi utama kami adalah untuk menjadi sahabat kepada semua pendengar. Jadi, kalau boleh, kami mahu mendekati mereka dengan menyajikan apa yang mereka mahukan
DARI kiri Amrita, Tyler dan Anas. Misi utama kami adalah untuk menjadi sahabat kepada semua pendengar. Jadi, kalau boleh, kami mahu mendekati mereka dengan menyajikan apa yang mereka mahukan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia