Harian Metro

SINOPSIS TV

- TV2, 10 malam Rantai TV3, 6.58 petang PAPA NAK MENANTU TV3, 9.02 malam DIA TV3, 10 malam JACK RYAN: SHADOW RECRUIT

Kisah ini memaparkan impak keganasan terhadap kanakkanak. Semasa kecil Husin didera bapanya. Dia sering dipukul dengan rantai sehingga berdarah.

Apabila besar, Husin menjadi seorang yang garang dan panas baran. Isterinya turut menjadi mangsa penderaan Husin.

Ketika anaknya menegur sikapnya, dia tidak boleh menerima hakikat dan menjadi semakin ganas. Ketika cuba memukul anaknya di luar rumah, Husin terpijak dulang besar yang mengandung­i minyak panas.

Sebahagian besar badan Husin melecur dan kakinya lumpuh. Meskipun sering bersikap kejam, isterinya masih sanggup menjaganya. Ketika itu dia mula sedar kesilapann­ya dan memohon maaf kepada isteri dan anaknya.

Lakonan : Eman Manan, Izara Aisyah, Rahim Jailani dan Eja. Shahirah mula panik apabila belum mendapat sebarang maklum balas . Dia kemudian ke butik dan memberitah­u Shakir masalah yang membelengg­u fikirannya.

Pelakon: Jaja Ilyes DFKL, Hafidz Roshdi , Arman Graseka, Rais Hazlin dan Aedy Ashraf. Aidit semakin bingung memikirkan hubunganny­a dengan Aira. Zaid pula selalu menceritak­an keterujaan­nya untuk melangkah ke fasa seterusnya dengan Aira namun pada masa sama dia ragu-ragu adakah wanita itu benar-benar mencintain­ya.

Pelakon: Irwansyah, Janna Nick, Izara Aishah, Adi Putra, Zamarul Hisham dan Aleza Shadan. Filem ini mengisahka­n Jack Ryan bekerja sebagai tentera laut dan mengalami kecederaan parah selepas helikopter dinaikinya diserang seterusnya terhempas di Afghanista­n. Sepanjang tempoh rawatan, Jack dipertemuk­an dengan seorang doktor pelatih bernama Cathy dan mereka akhirnya mengambil keputusan untuk bertunang selepas tiga tahun bersama.

Pelakon: Chris Pine, Keira Knightley , Kevin Costner dan Kenneth Branagh.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia