Harian Metro

Demi keuntungan jangka panjang

-

DARI MUKA 1

Menceritak­an pengalaman pada awal pembabitan, Rosyam berkata, pada penghujung 2009, dia meneruskan hasrat untuk kembali ke dunia pertanian walaupun pernah gagal sebelum ini.

“Saya jadikan pengalaman itu sebagai iktibar dan jangan sesekali menoleh ke belakang kerana ia akan menjatuhka­n semangat kita.

“Saya membuat kajian dan mendapati potensi nangka madu J33 dan durian belanda boleh pergi jauh lalu mendapatka­n maklumat serta mengemukak­an permohonan mendapatka­n tanah.

“Pada mulanya, saya diberi 40 hektar tanah namun selepas beberapa tahun mengusahak­annya, saya cuba memohon tanah di kawasan sama. Alhamdulil­lah, saya diberi lagi tanah seluas 30 hektar untuk mengusahak­an tanaman sama,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas ditemui di ladangnya di Tapak Kekal Pengeluara­n Makanan (TKPM) Lanchang, Temerloh, Pahang, barubaru ini.

Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Tan Sri Zainal Dahalan dan Pengarah LPP Negeri Pahang Datuk Sawaluddin Ahmad.

Rosyam yang juga ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Temerloh, berkata selepas beberapa tahun mencurah keringat beliau akhirnya berjaya menghasilk­an sebanyak 10,800 pokok durian belanda dan 6,000 nangka madu J33.

“Walaupun tanaman yang diusahakan ini mengeluark­an hasil antara dua hingga tiga tahun, ia tidak mematahkan semangat saya kerana percaya rezeki Allah itu luas.

“Saya sudah melabur jutaan ringgit namun belum mendapat pulangan semula,” katanya yang turut menanam kira-kira 200 pokok durian Musang King.

Dulu beliau menjual nangka madu J33 mengikut biji namun tidak menguntung­kan lalu diubah dalam bentuk pek yang dijual di pasar raya.

“Sementara itu, durian belanda pula saya lebih fokus kepada daunnya kerana ia mempunyai penawar barah. Daunnya diproses menjadi teh dan insya-Allah, saya bakal melancarka­n produk teh durian belanda ini pada Mac depan,” katanya.

Secara berseloroh, beliau turut menceritak­an pengalaman ketika membuat permohonan pinjaman bank namun ditolak pihak institusi kewangan.

“Pegawai bank terbabit seolah-olah tidak yakin artis boleh menjalanka­n perniagaan pertanian. Adakah mungkin golongan artis tidak mampu untuk membayar balik pinjaman?

“Sudah tiba masanya golongan muda memandang tinggi bidang pertanian ini. Ramai usahawan berjaya terdiri daripada mereka yang mengusahak­an bidang pertanian.

“Saya sendiri mengakui hasil daripada bidang pertanian ini sedikit sebanyak membantu saya dalam mengembang­kan perniagaan yang lain.

 ??  ?? ZAINAL menanam pokok durian Musang King di ladang Rosyam.
ZAINAL menanam pokok durian Musang King di ladang Rosyam.
 ??  ?? ROSYAM menunjukka­n produk
yang dihasilkan berasaskan durian
belanda.
ROSYAM menunjukka­n produk yang dihasilkan berasaskan durian belanda.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia