Harian Metro

PERTANIAN SUMBER KEKAYAAN

- Mohamad Hussin

LPP sedia bantu tingkat pengetahua­n, kemahiran petani

Pertanian adalah bidang menarik yang mampu menjana pendapatan dan kekayaan, kata Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Tan Sri Zainal Dahalan.

Beliau berkata, pelbagai ruang dan peluang boleh diterokai dengan mewujudkan sumber kekayaan baru yang memberi manfaat besar bukan saja kepada sosioekono­mi peladang, penternak dan nelayan tetapi juga menjana pertumbuha­n ekonomi negara.

“Setiap individu mempunyai impian hidup, baik yang berusia mahupun golongan belia semuanya mengimpika­n untuk melakar kejayaan terutama bagi mengubah nasib diri dan keluarga. Kejayaan bermula daripada satu langkah.

“Inisiatif sumber kekayaan baru melalui pelaksanaa­n program pembanguna­n industri tenusu, durian, jagung bijian dan industri kelapa membolehka­n masyarakat peladang, penternak serta nelayan melangkah lebih jauh selain mampu mencapai apa yang diimpikan setiap hari,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan

Kursus Agropreneu­r Muda Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Lanchang dan Lawatan ke ladang Suhan Movies di Tapak Kekal Pengeluara­n Makanan (TKPM) Lanchang, Temerloh, Pahang, baru-baru ini.

Turut hadir, Pengarah LPP Negeri Pahang, Datuk Sawaluddin Ahmad dan penerbit serta pelakon popular, Datuk Rosyam Nor.

Zainal berkata, kerajaan komited dalam memperuntu­kkan sejumlah RM200 juta pada tahun ini bagi menerokai sumber kekayaan baru.

“Bagi merancakka­n lagi masyarakat peladang, penternak dan nelayan supaya melangkah lebih berani dalam sektor agromakana­n, kisah hebat personalit­i (Rosyam) dapat memberi inspirasi untuk golongan muda lebih berjaya dalam bidang pertanian.

“Kebanyakan peserta kursus ini adalah agropreneu­r muda dari

Johor dan Pahang yang dikumpulka­n dalam satu sesi perkongsia­n ilmu serta pengalaman bersama usahawan berjaya.

“Kehadiran Rosyam berkongsi pengalaman bersama-sama agropreneu­r muda ini memberi inspirasi kepada golongan peladang supaya melakukan dengan bersungguh-sungguh sebaik menceburi bidang pertanian,” katanya.

Menurutnya, antara tumpuan LPP masa kini adalah untuk menggalakk­an golongan muda menceburi bidang pertanian selain mengetenga­hkan hasil pertanian yang sudah dikenal pasti sebagai sumber kekayaan baru.

Sementara itu, Sawaluddin berkata, penubuhan LPP untuk membantu meningkatk­an taraf ekonomi dan sosial, menambah pengetahua­n dan kemahiran.

“Ia termasuk meninggika­n hasil pendapatan dan membaiki cara hidup ahli serta mewujudkan masyarakat peladang yang produktif, berdikari, makmur selain bersepadu.

“Penubuhan ini selari dengan strategi pelaksanaa­n kerajaan pada masa itu bagi merealisas­ikan pencapaian matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat melalui strategi penyediaan kemudahan termasuk modal, tanah, pelaburan dan latihan kemahiran.

“Ia bagi meningkatk­an pendapatan dan produktivi­ti golongan miskin sama ada di bandar atau luar di bandar,” katanya.

 ?? FOTO: ?? ZAINAL (kiri) beramah mesra dengan usahawan muda. SEBAHAGIAN peserta yang menghadiri Kursus Agropreneu­r Muda PPK Lanchang.
FOTO: ZAINAL (kiri) beramah mesra dengan usahawan muda. SEBAHAGIAN peserta yang menghadiri Kursus Agropreneu­r Muda PPK Lanchang.
 ??  ?? SEBAHAGIAN usahawan muda
bergambar bersama Rosyam.
SEBAHAGIAN usahawan muda bergambar bersama Rosyam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia