Harian Metro

GEDUNG INOVASI AGROMAKANA­N

- Mohamad Hussin mohamad_hussin@ hmetro.com.my

Institut Penyelidik­an dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) akan memberi fokus kepada bidang penyelidik­an yang mempunyai impak tinggi bagi menjana teknologi pertanian untuk kesejahter­aan masyarakat.

Ia selaras dengan Dasar Agromakana­n Negara 2011-2020 iaitu memastikan bekalan makanan negara terjamin dan membantu perkembang­an pertanian.

Ketua Pengarah MARDI, Datuk Dr Mohamad Roff Mohd Noor berkata, visi baru MARDI iaitu Gedung Inovasi Agromakana­n bagi memastikan sektor pertanian berdaya maju, mampan, berdaya saing di peringkat nasional dan antarabang­sa.

Beliau berkata, mandat yang diberikan kepada MARDI adalah untuk membangunk­an dan memindahka­n teknologi bagi kemajuan sektor agromakana­n negara sekali gus meningkatk­an sosio ekonomi petani serta usahawan terbabit.

“Pembanguna­n teknologi MARDI berlandask­an kehendak pasaran bagi menjamin bekalan makanan sentiasa mencukupi dan boleh didapati pada bila-bila masa.

“Sektor agromakana­n adalah sumber tenaga kepada penduduk negara ini. Dianggarka­n lebih 500,000 orang terbabit dalam sektor berkenaan termasukla­h petani, nelayan penternak dan pemberi perkhidmat­an.

“Fungsi MARDI hingga kini sebagai sebuah pusat yang memberikan perkhidmat­an pakar dalam industri makanan dan pertanian termasuk industri asas tani (IAT).

“Ia termasuk perkhidmat­an perundinga­n, makmal analisis, jaminan kualiti serta penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) kontrak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sesi beramah mesra bersama media di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), baru-baru ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah MARDI, Dr Kamariah Long.

Mohamad Roff berkata, Rancangan Strategi Korporat (RSK) dibangunka­n selaras dengan penjenamaa­n semula yang menekankan kepada memperkasa peranan MARDI sebagai institusi penyelidik­an dalam bidang agromakana­n.

“Warga MARDI perlu berusaha melangkaui had kebolehan, menghasilk­an penyelidik­an di luar jangkaan demi masyarakat dan negara.

“Mereka perlu saling menyokong antara satu sama

Misi baru

MARDI dalam usaha pastikan pertanian berdaya maju dan berdaya

saing Sektor agromakana­n adalah sumber tenaga kepada penduduk negara ini. Dianggarka­n lebih 500,000 orang terbabit dalam sektor berkenaan termasukla­h petani, nelayan, penternak dan pemberi perkhidmat­an

 ??  ?? MOHAMAD Roff (tiga dari kiri) memberi makan kepada ternakan kambing
MOHAMAD Roff (tiga dari kiri) memberi makan kepada ternakan kambing
 ??  ?? SEBAHAGIAN wakil media dan Mohamad Roff memberi makan kepada
ternakan.
SEBAHAGIAN wakil media dan Mohamad Roff memberi makan kepada ternakan.
 ??  ?? MOHAMAD Roff menandatan­gani Goat 2 Go Animal Garden sambil diperhatik­an Kamariah.
MOHAMAD Roff menandatan­gani Goat 2 Go Animal Garden sambil diperhatik­an Kamariah.
 ??  ?? MEMBERI susu kepada anak kambing.
MEMBERI susu kepada anak kambing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia