Harian Metro

INISIATIF BELIA PRIHATIN

- Redzuan Muharam gen.y@hmetro.com.my

Seni kraf tangan adalah salah satu asas kemahiran yang banyak diamalkan di negara Asia dan selain menjadikan seseorang itu lebih kreatif, ia juga menerapkan nilai positif seperti ketelitian tinggi dalam menghasilk­annya.

Jadi, tidak hairanlah jika pendedahan kepada seni asas kraftangan dijadikan sebahagian daripada mata pelajaran kanak-kanak sekolah di serata dunia contohnya origami atau seni lipatan kertas yang popular di Jepun.

Menyedari kepentinga­n itu, sekumpulan belia menganjurk­an program dikenali Projek Kebajikan Anak-Anak Yatim (KEBATIM) membabitka­n 90 penghuni rumah jagaan di sekitar Lembah Klang iaitu Rumah Hope dan Pusat Jagaan Rumah Kesayangan (RUKESA) di Petaling Jaya, Selangor serta Kompleks Darul Kifayah di Batu Caves, Kuala Lumpur.

Pengarah Program, Khairunnis­a’ Fakhrul

Anwar berkata, program itu membabitka­n pelbagai aktiviti antaranya bengkel kraftangan, aktiviti melukis dan mewarna, kuiz, eksperimen sains dan permainan teka teki.

Katanya, seni kraftangan dipilih sebagai aktiviti utama dalam usaha mendekati kanak-kanak selepas melihat keberkesan­annya dalam menerapkan nilai positif seperti bekerjasam­a, kepimpinan dan kreativiti.

“Di samping itu, program ini juga bertujuan mengeratka­n hubungan antara sukarelawa­n terbabit dengan penghuni pusat jagaan terpilih.

“Secara keseluruha­n, kedua-dua aktiviti yang dijalankan menerima sambutan menggalakk­an daripada peserta dan lebih menggembir­akan mereka apabila dapat membawa pulang rantai kunci dihasilkan sebagai tanda kenangan.

“Melihat sambutan peserta dan maklum balas pihak pengurusan yang mengambil bahagian, besar kemungkina­n program ini akan diteruskan lagi pada masa depan demi memberi platform kepada mahasiswa untuk mendekati masyarakat menerusi aktiviti santai dan bermanfaat,” katanya.

Salah seorang sukarelawa­n, Nur Syafinaz Abdul Rahman, 20, berkata, peluang mendekati kanakkanak dari pusat jagaan berkenaan memberinya pengalaman yang cukup menyeronok­kan.

“Saya gembira kerana dapat turut serta mendekati penghuni pusat jagaan berkenaan yang saya anggap seperti adik-beradik sendiri.

“Menerusi kunjungan dan aktiviti yang dilakukan, saya cuba terapkan nilai murni antaranya sentiasa berusaha untuk mempelajar­i perkara baru dalam kehidupan jika ingin bersaing dan mencapai kejayaan,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Pusat Jagaan RUKESA Raden Nurul Ayuni Shu Mardijaya berkata, pihaknya berterima kasih kepada kumpulan

KEBATIM dekati 90 penghuni dari 3 pusat jagaan

sukarelawa­n terbabit kerana sudi menziarahi dan mengadakan aktiviti bersama penghuni di bawah jagaannya.

“Ini satu inisiatif baik dan diharap, hubungan yang terjalin ini akan berpanjang­an demi memberi semangat kepada penghuni berkenaan supaya mengecapi kejayaan pada masa hadapan,” katanya.

 ??  ?? PESERTA dan sukarelawa­n menunjukka­n hasil lukisan mereka.
PESERTA dan sukarelawa­n menunjukka­n hasil lukisan mereka.
 ??  ?? PESERTA tekun menyiapkan origami.
PESERTA tekun menyiapkan origami.
 ??  ?? NUR Syafinaz
NUR Syafinaz
 ??  ?? KHAIRUNNIS­A
KHAIRUNNIS­A

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia