Harian Metro

SAAT AMAT PENTING BAGI WANITA

-

Dapatkan penjagaan daripada bidan terlatih jika pilih berpantang di rumah

DARI MUKA 15

Namun, ada juga yang menyangkal pendapat itu dengan beranggapa­n berpantang adalah saat si ibu yang baru melahirkan bayi perlu berada di sisi dan dijaga sepenuhnya oleh ibu atau ibu mentua bagi memastikan diri terjaga rapi.

Hakikatnya, keduadua situasi itu mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Pemilihan cara berpantang ini juga bergantung kepada keadaan si ibu dan keselesaan masing-masing.

Bagi Nur Qamarul Ramdhah Ahmad Rashidi yang juga bidan profesiona­l dan terlatih, waktu berpantang sememangny­a saat paling penting kepada wanita.

“Ibu perlu memikirkan cara paling sesuai dan memberikan keselesaan kepada diri serta bayinya dengan mengambil kira semua aspek berkaitan.

“Perkara ini bukan suatu yang boleh dipandang remeh kerana ia memberikan kesan jangka panjang kepada si ibu sekiranya tersilap membuat keputusan,” katanya.

Nur Qamarul Ramdhah yang berpengala­man lebih 10 tahun dalam bidang itu berkata, tidak kira apa juga pilihan, ia mestilah yang terbaik buat si ibu.

“Berpantang sendiri di rumah dengan bantuan suami sememangny­a mempunyai kelebihann­ya kerana ia turut memastikan si suami bersamasam­a dalam proses berpantang serta tidak lepas tangan dan menyerahka­n tugas itu kepada orang tua semata-mata.

“Namun, sekiranya memilih berpantang di rumah, paling penting si ibu dan bayi mendapat penjagaan daripada bidan terlatih sepanjang tempoh berpantang,” ujarnya.

Menurutnya, bidan terlatih yang diupah untuk menjaga sepanjang tempoh itu akan memastikan si ibu dan bayi berada dalam keadaan baik dan pada masa sama, membantu proses penyembuha­n.

“Kini terdapat pelbagai pakej disediakan untuk membantu ibu berpantang termasuk penjagaan diri selepas bersalin, berurut, menjaga bayi, memasak serta mengemas rumah, bergantung kepada pakej dipilih.

“Situasi ini juga baik untuk semua pihak kerana ia secara tidak langsung tidak membebanka­n kedua-dua orang tua di kampung selain memberikan keselesaan kepada si ibu kerana dapat berpantang di rumah sendiri,” katanya.

Katanya, tidak salah sekiranya pilihan dibuat untuk berpantang di rumah ibu bapa di kampung atau di rumah mentua.

“Apatah lagi apabila ibu bapa masih kuat dan dalam keadaan kesihatan yang baik namun perbincang­an perlu dilakukan terlebih dulu bagi memastikan segalanya berjalan lancar.

“Berpantang di kampung halaman juga pada dasarnya sama kerana ibu perlu melakukan rutin sama iaitu berurut, bertungku, menjaga pemakanan serta perihal diri yang diuruskan bidan terlatih,” ujarnya.

PERANAN SUAMI

Nur Qamarul Ramdhah yang menjalanka­n Qamar Anggun Beauty Spa & Confinemen­t berkata, suami masa kini perlu lebih peka dan menambah ilmu mengenai penjagaan isteri selepas bersalin.

“Kebanyakan lela-

 ??  ?? PERANAN suami penting ketika
berpantang.
PERANAN suami penting ketika berpantang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia