Harian Metro

Sesuai digaya sepanjang masa

-

Penggunaan material kapas tidak panas, menyerap peluh

DARI MUKA 15

Menurut pengasasny­a, Shahliza Azreen A Aziz, setiap rekaannya bukan saja selesa malah menjimatka­n kerana ia bukan saja boleh digayakan pada hari raya atau acara formal malah juga sesuai dipakai setiap hari.

“Selain rekaan moden, ada yang menggabung­kan konsep moden dan tradisi yang menjadikan ia lebih cantik serta sesuai dengan peredaran masa kini.

“Antara koleksi terkini adalah kurung Viviane, baju Melayu Kasyfi dan Yusuf, peplum Aressa Lace, peplum Nelydia Songket, gaun Laura , kurta Zaheen dan samping Iskandar,” katanya.

Shahliza Azreen berkata, pihaknya juga menggunaka­n material kapas yang tidak panas, menyerap peluh, selesa dan sesuai digayakan sepanjang masa.

“Harga koleksi kami bermula serendah RM39 dan didatangka­n dalam saiz enam bulan hingga 12 tahun.

“Kami turut menawarkan lebih 20 pilihan warna menarik yang sesuai digayakan kanak-kanak yang sinonim dengan sifat riang, aktif, ceria dan bersemanga­t,” ujarnya.

Katanya, sejak berada di pasaran pada 2012, pihaknya amat gembira dengan sambutan diterima.

“Kami berharap jenama ini dapat memberi pilihan yang lebih pelbagai kepada setiap keluarga di negara ini bukan saja pada sambutan hari raya.

“Apa yang pasti setiap rekaan kami menepati kehendak ibu bapa yang bimbangkan keselesaan anak-anak terutamany­a ketika keadaan cuaca tidak menentu kini,” katanya. -Siti

Nadirah

Hafidzin

 ??  ?? BOLEH digayakan dalam pelbagai acara.
BOLEH digayakan dalam pelbagai acara.
 ??  ?? SELESA digayakan kanak-kanak aktif. Selain rekaan moden, ada yang menggabung­kan konsep moden dan tradisi yang menjadikan ia lebih cantik serta sesuai dengan peredaran masa kini
SELESA digayakan kanak-kanak aktif. Selain rekaan moden, ada yang menggabung­kan konsep moden dan tradisi yang menjadikan ia lebih cantik serta sesuai dengan peredaran masa kini
 ??  ?? SANTAI dan selesa.
SANTAI dan selesa.
 ??  ?? MEMPUNYAI pelbagai rekaan menarik.
MEMPUNYAI pelbagai rekaan menarik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia