Harian Metro

PENCUCI MULUT PALING PANTAS

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Agar-agar pelbagai perisa boleh disediakan

dalam masa 15 minit

Hidangan pencuci mulut yang mudah disediakan dan hasilnya lazat menjadi idaman setiap wanita terutama apabila menerima tetamu pada saat akhir.

Agar-agar antara juadah pencuci mulut yang tidak lapuk ditelan zaman dan bukan juga hidangan yang tular pada waktu tertentu saja.

Sejak zaman dulu lagi, agar-agar menjadi hidangan pencuci mulut paling mudah disediakan dan digemari setiap lapisan usia.

Bukan saja enak dimakan ketika sejuk, ia juga boleh disediakan dalam pelbagai perisa mengikut kehendak dan kegemaran masing-masing.

Mungkin ada yang menggemari agaragar sirap, laici, coklat atau pandan. Apa yang pasti, kebanyakan kanak-kanak juga menggemari hidangan ini.

Hanya mengambil masa 15 minit, hidangan agar-agar boleh disediakan sesiapa saja tanpa perlu mempunyai kemahiran memasak.

Menurut suri rumah, Khamsiah Ahmad, sukatan rasa termasuk kemanisan agar-agar dan perisa yang dikehendak­i boleh ditentukan individu itu sendiri.

“Hidangan agar-agar sering menjadi menu penyelamat sekiranya tidak mempunyai masa yang panjang untuk menyediaka­n juadah pencuci mulut.

“Hanya dengan modal yang rendah, agar-agar laici antara jenis juadah lazat yang dapat menarik minat semua. Ternyata hidangan ini sesuai untuk semua termasuk kanak-kanak kerana ia lembut dan enak,” katanya.

Walaupun ramai yang sedia tahu mengenai langkah menyediaka­n agar-agar namun masih ada individu terutama golongan muda yang masih tidak pernah mencuba menyediaka­n hidangan pencuci mulut ini.

Khamisiah berkongsi resipi mudah yang boleh dilakukan sesiapa saja untuk menyediaka­n agar-agar laici lazat.

 ??  ?? 1. BAHAN-bahan diperlukan, agar-agar, setin laici, secawan gula dan sebiji telur ayam gred A.
2. LANGKAH pertama, rebus agar-agar di dalam air dengan api perlahan.
3. SELESAI merebus agar-agar, masukkan buah laici yang sudah dikisar separa...
1. BAHAN-bahan diperlukan, agar-agar, setin laici, secawan gula dan sebiji telur ayam gred A. 2. LANGKAH pertama, rebus agar-agar di dalam air dengan api perlahan. 3. SELESAI merebus agar-agar, masukkan buah laici yang sudah dikisar separa...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia