Harian Metro

RESiPI KHAS TAHUN BARU CINA

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Boleh dipelbagai­kan

untuk acara makan besar

sempena Tahun Baru

Cina

Sempena Tahun Baru Cina ini, Maggi membawakan lebih kegembiraa­n dan kemakmuran dengan kempen terbaru ‘Maggi

Lebih Masak, Lebih

Wang Wang’, di samping memperkena­lkan produk edisi terhad baru, Sos Tiram Imperial Maggi!

Untuk kempen tahun ini, lebih RM238,888 ditawarkan dengan hadiah utama bernilai RM38,888 bagi setiap seorang daripada tiga pemenang bertuah!

Seramai 50 pemenang hadiah mingguan juga akan membawa pulang hadiah wang tunai dalam bentuk angpau bernilai RM288.

Untuk merancakka­n lagi suasana perayaan ini, Maggi juga akan menyampaik­an hadiah wang tunai bonus angpau ‘Panjang Umur’ bernilai RM188 yang tidak terhad bilangan penerimany­a bagi setiap 1,000 penyertaan.

Pegawai Eksekutif Perniagaan Maggi,

Nestle Malaysia, Geetha Balakrishn­a berkata, pihaknya ingin memastikan rakyat negara ini lebih gembira menerusi kempen berkenaan.

“Dalam Bahasa

Cina, ‘wang wang’ bermaksud kekayaan atau kemakmuran. Matlamat kami adalah untuk membawa tuah dan kegembiraa­n kepada semua sempena Tahun Baru Cina ini.

“Semua orang berpeluang memenangi hadiah wang tunai angpau yang lumayan apabila memasak untuk menjamu insan tersayang,” katanya.

Tambahnya, setiap Tahun Baru Cina, setiap keluarga akan berkumpul dan mengeratka­n silaturahi­m sambil menjamu selera dengan pelbagai hidangan lazat.

“Kami memahami memasak bukan sekadar mengenal perisa dan cita rasa malah ia mampu mencetus perasaan gembira, kesihatan yang baik dan menyemarak­kan kehidupan seisi keluarga,” ujarnya.

Mencermink­an komitmen jenama untuk menjadi rakan dalam perjalanan memasak penggunany­a, Maggi turut memperkena­lkan sembilan resipi baru terdiri daripada sembilan sajian popular Cina seperti ‘Sup Hirisan Perut Ikan 5 Kerestuan’, ‘Ladu Kukus Udang Keemasan’ dan ‘Ayam Nanas Masam Manis’ yang melambangk­an kemakmuran dan kebahagiaa­n Tahun Baru Cina.

Semua resipi ini menggunaka­n Sos Tiram Imperial Maggi serba baru edisi terhad. Diperbuat dengan adunan unik ekstrak tiram dan perisa kekapis, sos yang pekat, manis dan masin ini menjanjika­n cita rasa unik dan aroma lazat luar biasa.

Resipi baru ini boleh didapati di laman web Maggi manakala video resipi boleh ditonton di saluran YouTube Maggi.

Tambahnya, dengan melambangk­an slogan Maggi, pihaknya sentiasa mencari cara mencipta detik menarik dan lazat bagi rakyat Malaysia untuk dikongsi bersama keluarga dan rakan-rakan.

“Mengambil ilham daripada kepelbagai­an warisan dan budaya masakan masyarakat

Cina, kami menyediaka­n resipi istimewa dengan ramuan ‘yang memberi kemakmuran’ bagi sajian Cina popular menggunaka­n Sos Tiram Imperial Maggi ini untuk memasak hidangan makan besar yang menambat selera semua.

“Kami berharap Tahun Baru Cina ini dipenuhi kegembiraa­n, kekayaan dan sajian enak sambil anda meluangkan masa istimewa bersama orang-orang tersayang,” katanya.

Untuk memeriahka­n lagi suasana, Maggi akan mewarnai musim perayaan dengan persembaha­n tarian singa di 230 premis perniagaan runcit di seluruh negara yang boleh disaksikan orang ramai.

Menurutnya, tarian singa Cina melambangk­an keberanian, kebijaksan­aan dan tuah dan ia menjadi sebahagian daripada tradisi Maggi selama lebih 15 tahun.

Mengambil ilham daripada kepelbagai­an warisan dan budaya masakan masyarakat Cina, kami menyediaka­n resipi istimewa dengan ramuan ‘yang memberi kemakmuran’ bagi sajian Cina popular menggunaka­n Sos Tiram Imperial Maggi ini untuk memasak hidangan makan besar yang menambat selera semua

 ??  ?? MAJLIS pelancaran kempen terbaru ‘Maggi Lebih Masak, Lebih Wang Wang’, di samping memperkena­lkan produk edisi terhad baru, Sos Tiram Imperial Maggi
MAJLIS pelancaran kempen terbaru ‘Maggi Lebih Masak, Lebih Wang Wang’, di samping memperkena­lkan produk edisi terhad baru, Sos Tiram Imperial Maggi
 ??  ?? MAJLIS pelancaran.
MAJLIS pelancaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia