Harian Metro

WANITA PERLU BIJAK URUS MASA

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Belum hilang penat menguruska­n anak dan soal rumah tangga di rumah, disambung pula dengan lambakan tugasan di pejabat.

Kadangkala kesibukan dalam rutin harian seorang wanita menyebabka­n dia tidak sempat menjamah makanan.

Namun demi kasih dan tanggungja­wab, wanita tetap berdiri teguh dan melupakan segala kepenatan dirasai demi memastikan kebahagiaa­n hidup berkeluarg­a dapat dikecapi.

Mungkin golongan itu sekadar mengeluh dalam diam terutama demi menjaga hati si suami namun wanita juga manusia biasa yang mempunyai batas kesabaran.

Dalam senario itu, langkah terbaik adalah dengan memberikan golongan itu waktu berehat sebentar khas untuk dirinya sendiri sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu. Berapa lama masa yang diluangkan untuk diri sendiri itu, terpulang kepada penilaian masing-masing.

Waktu itu boleh digunakan sebaik mungkin untuk melakukan apa juga aktiviti yang digemari sekali gus menghilang­kan sedikit tekanan dan kepenatan dirasai.

Mungkin ia dianggap remeh, namun percayalah kebahagiaa­n sesebuah keluarga bergantung kepada wanita yang bergelar isteri juga ibu kepada anakanak. Jika gembira mereka maka gembiralah seluruh keluarga.

Pastinya ramai yang pernah berdepan dengan situasi atau mendengar cerita keadaan rumah menjadi huru-hara apabila ibu yang menjadi peneraju utama rumah tangga ‘terpaksa’ berehat di bilik kerana demam.

Berkongsi rutin harian dalam menguruska­n enam cahaya mata yang semuanya masih kecil, wanita hebat, Tuan Norsuzlia Idayu Tuan Hussin, 35, berkata, dia mempunyai cara tersendiri untuk melegakan tekanan dan kepenatan dirasai.

“Bohonglah jika saya kata tidak penat, saya perlu menguruska­n enam anak termasuk suami dan hal ehwal rumah seperti memasak, mengemas juga membasuh pakaian.

“Saya bangun seawal jam 5.45 pagi setiap hari dan tidur pada jam 12 tengah malam atau 1 pagi. Saya perlu susun setiap rutin sebaik mungkin untuk memastikan semuanya berjalan lancar terutama berkaitan anakanak,” katanya.

Dia bersyukur, walaupun sibuk namun dia berjaya menguruska­n semuanya tanpa bantuan pembantu rumah.

Jika orang lain cuba mengelak daripada memandu, namun bagi Tuan Norsuzlia, itu adalah saat yang ditunggu apatah lagi selepas anak-anak ke sekolah. Memandu bersendiri­an sambil mendengar radio menjadi terapi buat ibu sibuk itu walaupun pemanduan solo berkenaan hanyalah dari rumah ke kedai berhampira­n.

Menurut Tuan Norsuzlia Idayu, dengan cara itu sedikit sebanyak tekanan dan kepenatan yang dialami dapat diatasi.

“Saya gembira dianugerah­kan cahaya mata yang ramai tetapi ada kala terasa penat menguruska­n semua hal rumah tangga dan anak-anak. Saya perlukan masa untuk diri sendiri.

“Anak semua masih kecil, iaitu dari usia enam bulan hingga 11 tahun. Sebelum masuk waktu Subuh saya kejutkan anakanak bangun untuk mandi, menunaikan solat, bersiap, bersarapan dan pergi ke sekolah.

“Selepas itu saya terus mengemas rumah sambil menguruska­n dua lagi anak yang berusia tiga tahun dan enam bulan. Saya juga perlu pastikan siap memasak sebelum jam 11 pagi. Saya juga perlu sediakan bekalan

Golongan ibu harus miliki masa untuk diri sendiri, suami perlu ringan tulang

makanan untuk anak-anak ke sekolah petang dan bekal suami sekiranya dia tidak makan di rumah,” ujarnya.

Tambah Tuan Norsuzlia Idayu, rutinnya tidak berhenti di situ kerana dia perlu menyiapkan anakanak ke sekolah sesi petang.

“Memang tugas saya tidak berhenti, dari pagi hingga ke lewat malam.

Pada waktu malam, saya temankan anak menyiapkan kerja sekolah.

“Saya tetapkan peraturan di rumah dan anak perlu tidur pada jam 10 malam. Ketika itu barulah saya boleh duduk tenang

 ??  ?? KELUARGA bahagia Tuan Norsuzlia Idayu Saya gembira dianugerah­kan cahaya mata yang ramai tetapi ada kala terasa penat menguruska­n semua hal rumah tangga dan anak. Saya perlukan masa untuk diri sendiri
KELUARGA bahagia Tuan Norsuzlia Idayu Saya gembira dianugerah­kan cahaya mata yang ramai tetapi ada kala terasa penat menguruska­n semua hal rumah tangga dan anak. Saya perlukan masa untuk diri sendiri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia