Harian Metro

‘MAK...TOLONG DOAKAN SAYA’

-

pesanan kali ini kedengaran agak sedikit pelik.

“Namun, dia dengan bersahaja menyatakan kita perlu sentiasa mengingati kematian, tiada siapa tahu nasib dan takdir kita, dan kita tidak tahu bila kita akan pergi menghadap-Nya,” katanya.

Semara yang turut meninjau hari kedua operasi mencari dan menyelamat (SAR) konduktor feri itu semalam ternyata tidak dapat menahan sebak kerana Salman adalah anak sulung dan juga tonggak keluarga.

Bagaimanap­un, katanya, dia sekeluarga berharap supaya mangsa masih hidup dan berada dalam keadaan selamat.

“Jika Allah mahu mengambiln­ya, biarlah jasadnya ditemui dan disempurna­kan, ini semua ketentuan Tuhan, kami reda. Selagi Salman belum ditemui, kami sekeluarga tidak akan berhenti mencarinya dengan apa cara sekalipun,” katanya.

Bapa mangsa,

Hassan Mohd, 69, pula menyifatka­n anak sulungnya itu seorang yang bertanggun­gjawab dan cukup menyayangi keluarga.

“Salman anak

Pesanan terakhir konduktor feri sebelum hilang dihanyut arus deras Sungai Kemena

yang baik serta amat mengambil berat akan keperluan keluarga dan sentiasa melakukan yang terbaik bagi memastikan keselesaan hidup keluarga,” katanya.

Difahamkan, ahli keluarga bersama penduduk Kampung Hilir Sebauh turut mengadakan solat hajat malam tadi bagi memudahkan urusan pencarian mangsa di Sungai Kemena.

Operasi SAR semalam turut disertai bomba, Pasukan Polis Marin dan Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) yang bertumpu di kawasan 30 ke 40 meter ke hilir Sungai Kemena, lokasi mangsa terjatuh ketika mahu mengikat tali sauh feri kendaliann­ya, Selasa lalu.

 ??  ??
 ??  ?? PASUKAN bomba serta agensi berkaitan lain sebelum memulakan usaha mencari dan menyelamat mangsa yang terjatuh sebelum dibawa arus deras di Sungai Kemena, Bintulu.
PASUKAN bomba serta agensi berkaitan lain sebelum memulakan usaha mencari dan menyelamat mangsa yang terjatuh sebelum dibawa arus deras di Sungai Kemena, Bintulu.
 ??  ?? SEMARA
SEMARA
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia