Harian Metro

Pengalaman manis berpantang di pusat pemindahan

-

Samarahan: Seorang ibu muda merasai pengalaman baru apabila terpaksa berpantang di pusat penempatan sementara di Kompleks Sukan Asajaya, di sini bersama bayi perempuann­ya yang baru berusia 38 hari.

Intan Nursyazira Maimin, 22, dari Kampung Asajaya, berkata, dia dan anak sulungnya itu, Mia Aisyah Azizi terpaksa akur apabila dipindahka­n ke pusat berkenaan atas faktor keselamata­n selepas kediaman mereka ditenggela­mi banjir.

“Biarpun masih merasai sakit selepas bersalin, ini pengalaman baharu dan kenangan manis bagi saya yang mungkin tidak pernah dirasai ibu lain,” katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.

Katanya, kemudahan disediakan pihak berkaitan secara tidak langsung dapat membantuny­a menghadapi keadaan yang sangat sukar dan mencabar itu.

“Kami yang dipindahka­n ke sini sejak Isnin lalu berasa cukup selesa dan menerima layanan yang cukup baik daripada petugas.

“Privasi diberikan menyebabka­n saya tidak berasa janggal untuk menyesuaik­an diri dan merasakan seperti berpantang di rumah sendiri,” katanya.

Mengulas lanjut katanya, mereka sekeluarga berasa amat teruja apabila menerima kunjungan Timbalan Ketua Menteri merangkap Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Alam Negeri Datuk Douglas Uggah yang mengadakan lawatan ke pusat pemindahan itu Selasa lalu.

“Di sini saya juga bertemu dengan rakan lain daripada pelbagai agama dan bangsa yang dapat mengeratka­n lagi silaturahi­m dalam semangat ‘1Sarawak’,” katanya.

 ?? FOTO ?? DOUGLAS Uggah (dua dari kiri) bersama Ahli Parlimen Kota Samarahan, Rubiah Wang (tiga dari kiri) dan Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah (kanan) bermesra dengan anak salah seorang mangsa...
FOTO DOUGLAS Uggah (dua dari kiri) bersama Ahli Parlimen Kota Samarahan, Rubiah Wang (tiga dari kiri) dan Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah (kanan) bermesra dengan anak salah seorang mangsa...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia