Harian Metro

Harga makanan laut meningkat

- Amniera Naziera Amran news@nstp.com.my

 Permintaan tinggi menjelang Tahun Baru Cina

Harga makanan laut terutama ketam, udang dan sotong di bandar raya ini mengalami peningkata­n susulan musim hujan berterusan dan permintaan meningkat menjelang Tahun Baru Cina.

Tinjauan di Pasar Besar Kota Kinabalu mendapati, harga makanan laut itu mengalami peningkata­n antara RM2 sehingga RM10 sekilogram.

Harga ketam didapati mengalami kenaikan RM5 sehingga mencecah harga RM20 sehingga RM30 sekilogram, udang (RM22 hingga RM40), ikan kembung (RM25) dan bawal putih (RM30).

Turut mengalami peningkata­n ialah sotong apabila ia dijual RM12 hingga RM30 sekilogram bergantung kepada saiz, namun kebanyakan pasar berdepan kekurangan bekalan.

Peniaga, Azman Salim, 26, berkata, bekalan udang dan sotong berkuranga­n sejak beberapa hari lalu dan dia juga tidak menerima stok hidupan laut itu susulan hujan berterusan menyebabka­n kekurangan bekalan.

“Kebanyakan penjual ikan di sini tidak mendapat bekalan sotong. Hanya beberapa gerai saja menjualnya namun itu pun mengalami kenaikan harga mencecah RM12 sekilogram yang bersaiz kecil berbanding RM8 hingga RM10 sekilogram sebelum ini.

“Cuaca tidak menentu antara punca nelayan tidak turun ke laut menyebabka­n bekalan sotong berkuranga­n dijangka sehingga Tahun Baru Cina,” katanya.

Peniaga yang mahu dikenali Rosmidah pula berkata, harga udang didapati tidak stabil sejak seminggu lalu dan mengalami kenaikan sehingga RM10.

“Pembekal beritahu stok udang berkuranga­n disebabkan faktor cuaca sekarang menyebabka­n mereka terpaksa menaikkan harga. Kami tidak boleh berbuat apa-apa kerana apabila pembekal naikkan harga, kami terpaksa ikut.

“Ramai pembeli merungut harga udang mahal daripada kebiasaan yang dijual antara RM15 sehingga RM20 sekilogram, tetapi sekarang boleh mencecah RM35 sehingga RM40 sekilogram,” katanya.

Pengguna, Wong Khiat Foo, 52, berkata, harga makanan laut biasa mengalami peningkata­n namun ia hanya berlaku apabila cuaca buruk dan sebagai pengguna dia tetap membelinya.

“Makanan laut terutama udang dan sotong tetap menjadi hidangan utama keluarga, ditambah perayaan besar Tahun Baru Cina tidak lama lagi,” katanya.

 ??  ?? IKAN bawal putih antara jenis ikan yang sukar didapati dan
harga melambung naik.
IKAN bawal putih antara jenis ikan yang sukar didapati dan harga melambung naik.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia