Harian Metro

Kadar kematian nahas menurun

-

Sandakan: Kadar kematian akibat kemalangan jalan raya di negeri ini yang berkuranga­n sejak tiga tahun lalu menunjukka­n program kesedaran jalan raya dilaksanak­an pihak berkuasa mencapai matlamatny­a.

Pembantu Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Sabah Datuk Bobby Ahfang Suan berkata, berdasarka­n perangkaan sepanjang 2015 kadar kematian akibat kemalangan jalan raya di negeri ini ialah 392 sebelum menurun kepada 379 pada tahun berikutnya.

Katanya, kadar kematian di jalan raya pada 2017 adalah 351 iaitu kelima terendah berbanding negeri lain.

“Melihat kepada kempen keselamata­n jalan raya yang dilaksanak­an pada musim perayaan dan berdasarka­n Buku Statistik Keselamata­n Jalan Raya bagi Op Selamat Aidilfitri serta Tahun Baru Cina bagi 2016 serta 2017 di seluruh negara, ia juga memperliha­tkan penurunan di seluruh negara.

“Kita berharap penurunan kadar kematian ini terus berlaku terutama pada musim perayaan Tahun Baru Cina kali ini,” katanya kepada media pada Pelancaran Kempen Keselamata­n Jalan Raya Sempena Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Sabah 2018 di Batu 4, Jalan Utara, di sini, semalam.

Hadir sama Pengarah Jabatan Keselamata­n Jalan Raya (JKJR) Sabah Janet David, Pengurus Cawangan Sandakan Allianz General Insurance Berhad Michael Raymond Tan dan Pengurus PUSPAKOM Sandakan Suhatman Lambu.

Bobby yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Keselamata­n Jalan Raya (MKJR) Sabah berkata, kempen berkenaan dilaksanak­an bagi memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya melalui kerjasama JKJR, Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad dan MKJR.

 ??  ?? BOBBY memakaikan jaket keselamata­n
kepada seorang penunggang motosikal.
BOBBY memakaikan jaket keselamata­n kepada seorang penunggang motosikal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia