Harian Metro

Peruntuk RM400j

 Petronas sasar guna 80% daripada Capex buka 10 stesen baru

- Sri Ayu Kartika Amri kartika@hmetro.com.my

PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) memperuntu­kkan perbelanja­an modal (Capex) RM400 juta tahun ini bagi pengurusan operasinya.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB Datuk Mohd Ibrahimnud­din Mohd Yunus berkata, 80 peratus daripada jumlah Capex itu akan digunakan bagi membuka stesen baru dan menambah baik stesen sedia ada.

Katanya, PDB merancang membuka stesen Petronas baru di lokasi strategik di seluruh negara tahun ini.

“Kami menjangkak­an 10 lagi stesen baru akan dibuka sepanjang tahun ini dan setakat ini ada 141 stesen Petronas di seluruh negara.

“Selain itu, PDB akan melaksanak­an kempen dan program bagi menghargai pelanggan Petronas di setiap musim perayaan,” katanya di majlis pelancaran kempen Coffee Break Petronas di sini, semalam.

PDB melancarka­n kempen Coffee Break bagi mengajak pengguna kenderaan membudayak­an amalan keselamata­n di jalan raya sepanjang perjalanan pada musim perayaan ini.

Sebanyak sejuta cawan kopi akan diagihkan kepada pelanggan sepanjang kempen berlangsun­g.

Sementara itu, Ibrahimnud­din berkata, syarikat peka dengan ketidakten­tuan harga minyak kerana ia memberi kesan kepada kos inventori. “Berikutan tempoh inventori yang lebih singkat iaitu kepada empat ke lima hari berbanding sembilan hari sebelum ini, ia membantu syarikat berdepan dengan ketidakten­tuan harga minyak dengan lebih efisyen,” katanya.

Kempen Coffee Break bermula dari 14 hingga 15 Februari ini dan 18 hingga 19 Februari membabitka­n 141 stesen Petronas di seluruh negara dengan menawarkan kopi dan snek secara percuma untuk berehat sebentar sebelum menyambung perjalanan ke destinasi dituju.

Sepanjang kempen keselamata­n ini, stesen Petronas terpilih juga akan menyediaka­n pemeriksaa­n kesihatan St John Ambulance Malaysia (SJAM) secara percuma.

Kempen Coffee Break dilaksanak­an ketika Hari Raya serta Festival Kaamatan dan Gawai.

 ??  ?? MOHD Ibrahimnud­din (kiri) dan Ketua Bahagian Perniagaan Runcit Aadrin Azly (dua dari kanan) serta Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Keselamata­n Jalan Raya (JKJR) Datuk Roslan Eusoff pada majlis pelancaran kempen Coffee Break.
MOHD Ibrahimnud­din (kiri) dan Ketua Bahagian Perniagaan Runcit Aadrin Azly (dua dari kanan) serta Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Keselamata­n Jalan Raya (JKJR) Datuk Roslan Eusoff pada majlis pelancaran kempen Coffee Break.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia