Harian Metro

Lazio mampu rencat misi Napoli

-

Milan: Pendahulu Serie A Napoli berdepan ujian getir untuk memburu kejuaraan apabila menentang Lazio hujung minggu ini ketika Juventus sedia untuk berdepan Florence sebelum bertemu Tottenham dalam aksi Liga Juara-Juara.

Lazio yang ketinggala­n 14 mata berbanding Napoli di tangga ketiga tiba di Naples dengan impian memburu tiga mata selepas kekalahan berturut-turut kepada AC Milan dan Genoa.

Kekalahan bakal menyaksika­n skuad kendalian Simone Inzaghi tersingkir daripada tiga tangga teratas dengan Inter Milan dan Roma yang tewas pada perlawanan lalu berpeluang merampas kedudukan dengan masing-masing berdepan Bologna dan kelab tercorot Benevento.

Napoli hanya satu mata mengatasi Juventus, namun hujung minggu ini bakal menyaksika­n juara enam kali berturut-turut itu memintas mereka.

Maurizio Sarri pastinya menyedari bahawa Lazio pernah menyumbang satu daripada dua kekalahan Juventus musim ini, mengakhiri rekod tanpa kalah kelab gergasi Turin di laman sendiri Oktober lalu.

Malah Inzaghi juga mahu menebus kegagalan 1-4 apabila kali terakhir kedua-dua pasukan itu bertemu di Stadio Olimpico.

Juventus mengumpul momentum selepas membelasah Sassoulo tujuh gol, yang diterajui hatrik Gonzalo Higuain sebelum pertemuan awal pagi Sabtu di Tuscany berdepan Fiorentina yang kini menghuni tangga ke-11.

“Kami tidak perlu gentar menentang Juventus,” kata pemain Fiorentina Davide Astori, ketika pasukannya berhasrat meneruskan rentak kemenangan di Bologna minggu lalu.

“Jika mereka rasa kebimbanga­n kita, selamat tinggal, habislah kita,” kata pertahanan Itali itu.

“Gonzalo Higuain adalah ancaman utama. Dia tidak mempunyai belas kasihan, jika anda beri ruang 30 sentimeter sekali pun, anda mengundang bencana.” Reuters

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia