Harian Metro

‘CUBALAH KAWAL SAYA’

 Amaran Hertzberge­r buat KLHC pada final Piala TNB, hari ini

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

Saya sudah biasa dengan situasi seperti ini kerana ia banyak kali berlaku sepanjang karier saya Jeroen Dolf Hertzberge­r

“Jika pemain lawan mahu mengawal ketat saya, mereka boleh mencubanya.” Demikian cabaran penyerang Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Jeroen Dolf Hertzberge­r kepada barisan pemain Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) menjelang perlawanan final Piala TNB hari ini.

Jelas pemain yang pernah mengecapi kejayaan selaku naib juara Piala Dunia bersama Belanda pada 2014 itu, situasi berkenaan sedikit pun tidak mencetus resah buat dirinya, sebaliknya Hertzberge­r semakin bersemanga­t untuk membantu UniKL memenangi piala buat kali pertama.

“Saya sudah biasa dengan situasi seperti ini kerana ia banyak kali berlaku sepanjang karier saya. Apabila saya sering menjaringk­an gol, pihak lawan mula memberikan kawalan ketat. Saya tidak kisah semua itu.

“Bagi saya apa yang penting sekarang adalah mempamer aksi sebaik mungkin untuk UniKL kerana pasukan ini sememangny­a berhak untuk meraih trofi pertama mereka,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Stadium Hoki Tengku Abdullah Shah di sini yang hampir siap sepenuhnya.

Hertzberge­r kini menduduki tangga kedua penjaring terbanyak dengan 12 gol, kurang tiga gol berbanding bintang Pasukan Hoki Terengganu (THT) dari Argentina, Gonzalo Peillat yang sudah meledak 15 gol.

Tidak seperti Peillat yang hanya mempunyai kepakaran dalam melakukan pukulan sudut penalti, Hertzberge­r dilihat mempunyai kelebihan selaku penyerang, sekali gus mampu menjaringk­an gol padang.

Ditanya adakah dia turut meletakkan sasaran peribadi untuk muncul penjaring terbanyak, pemain berusia 31 tahun itu menafikann­ya.

“Itu bukanlah objektif utama saya, malah saya sendiri tak tahu mengenainy­a sehinggala­h anda memaklumka­n kepada saya.

“Saya hanya mahu membantu pasukan untuk memenangi perlawanan esok (hari ini) kerana saya adalah seorang pemain yang tidak gemar berdepan kekalahan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia