Harian Metro

CABARAN SEBENAR AUBA, MKHITARYAN

- Reuters

London

Dua penyerang baru Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang dan Henrikh Mkhitaryan bakal berdepan bahang pertembung­an sebenar dua kelab utara London apabila berkunjung ke Stadium Wembley menentang Tottenham Hotspur dalam saingan liga, hari ini.

Gandingan itu mengecapi minggu sempurna apabila membantu Arsenal menang 5-1 ke atas Everton minggu lalu dan pertemuan esok tentunya sengit kerana masing-masing mahu memastikan tidak tercicir ke Liga Juara-Juara.

Spurs masih di tangga kelima dengan mendahului empat mata di depan Arsenal dan ketinggala­n satu mata di belakang Chelsea dengan baki 12 perlawanan.

Pada saingan Novermber lalu, Arsenal menang 2-0 mengatasi Tottenham di Emirates tetapi Spurs sejak itu makin garang apabila menewaskan Manchester United dan mengikat Liverpool 2-2 dalam dua aksi terakhir mereka.

Liverpool pula berkunjung ke Stadium St Mary pada Ahad berdepan Southampto­n yang masih bergelut selepas mengharung­i 12 perlawanan tanpa kemenangan.

Chelsea pula menunggu kunjungan kelab tercorot, West Brom pada Isnin selepas kalah mengejut dalam dua aksi liga terbaru masing-masing ketika menentang Bournemout­h (3-0) dan Watford (4-1).

Dua kekalahan itu mencetuska­n spekulasi yang mengaitkan pengurusny­a, Antonio Conte bakal dipecat, namun Lembaga Pengarah The Blues nyata memberinya peluang lagi untuk mengharung­i kempen Liga Juara-Juara tanpa gangguan.

Manchester City memiliki peluang terbaik menebus kehampaan selepas seri 1-1 bersama Burnley minggu lalu apabila berdepan skuad tangga kelapan, Leicester City, esok.

Ketika menentang Burnley tempoh hari, barisan Pep Guardiola terlepas deretan peluang keemasan di Turf Moor, sekali gus menyaksika­n mereka gagal melebarkan jurang mata dan hanya mendahului pencabar terdekat dengan 13 mata selepas United menang selesa 2-0 ke atas Huddersfie­ld Town.

Riyad Mahrez pula bakal terlepas aksi esok susulan masalah dalaman yang tidak

 Aksi menentang Spurs bakal uji keampuhan gandingan baru Gunners

 ??  ?? GANDINGAN Mkhitaryan dan Aubameyang (kanan) bantu Gunners lakar kemenangan selesa ke atas Everton minggu lalu.
GANDINGAN Mkhitaryan dan Aubameyang (kanan) bantu Gunners lakar kemenangan selesa ke atas Everton minggu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia