Harian Metro

Handal saja tak cukup lonjak pasukan

-

tiba masanya pertanding­an antarabang­sa kelab menjadi tumpuan. Di Eropah, Liga Juara Juara atau UCL bermula kembali dengan peringkat kalah mati manakala di Asia pula, peringkat kumpulan membabitka­n perlawanan pertama.

Walaupun kita di Malaysia tidak mempunyai saham di Liga Juara Juara Asia atau ACL, tetapi Piala AFC 2018 turut menarik perhatian kerana juara berganda liga domestik, JDT sekali lagi muncul harapan tunggal.

Minggu akan datang menjadi paling getir bagi Real Madrid serta pengendali mereka Zinedine Zidane. Pasukan yang menjadi juara UCL dua belas kali kini berada di persimpang­an getir. Persembaha­n serta keputusan di liga domestik begitu hambar sehinggaka­n nasib jurulatih menjadi persoalan.

Kemungkina­n sudah tiba masanya nasib Cristiano Ronaldo ditentukan. Pemain bertaraf dunia kini sudah berusia, tetapi sudah menjadi tali gantung di leher Zinedine Zidane. Bukan sahaja Ronaldo yang harus diberi tumpuan, tetapi pemain seperti Marcelo, Toni Kroos serta Luca Modric dan Karim Benzema jelas kelihatan melemahkan pasukan.

Kita tidak boleh menafikan mereka memang handal, tetapi sebagai satu kelompok atau kumpulan pula tidak begitu dinamik seperti dua tahun lepas. Pemain ternama ini menjadi sukar diketepika­n sekali gus, tetapi kelemahan ketara kerana tidak lagi disegani pasukan lain di Là Liga.

Kini pula muncul PSG dari Perancis yang mahu mencatat sejarah tersendiri dengan menyingkir­kan juara UCL berturut-turut dari Sepanyol. Pemain bintang PSG, Neymar menyuaraka­n hasrat ingin membenam Real Madrid, tetapi kita tidak mudah mengenepik­an sejarah pemain seperti Ronaldo, Marcelo, Kroos, Modric serta Benzema yang berkeboleh­an beraksi terbaik selama sembilan puluh minit.

Pertembung­an di Santiago Bernabeau pertengaha­n minggu memberi petanda ke arah yang bakal diambil Real Madrid.

Sementara itu, di Piala AFC 2018 pula, pasukan juara 2015, JDT akan berhadapan Persija Jakarta. Selepas sekian kekecohan berlaku di bola sepak Indonesia, maka kini kita akan dapat menghitung kekuatan kelab mereka.

JDT kini kembali menyedari kebolehan serta kemampuan pemain sebenar selepas dua musim gagal bersaing di peringkat Piala AFC, tetapi tahap permainan masih belum meyakinkan dan inilah peluang JDT menunjuk belang sekali lagi di luar kejohanan domestik.

Walaupun masih lagi belum capai tahap kelab Thailand, tetapi cabaran dari kelab Indonesia berperanan motivasi JDT. Kelayakan automatik ke Liga Juara Juara Asia atau ACL 2019 akan tercapai melalui kejuaraan Liga Super, tetapi Piala AFC 2018 harus digunakan sebagai batu loncatan sebelum menghadapi gergasi sebenar di tahap tertinggi di Asia.

Kita berharap JDT akan menganggap musim ini sebagai misi membenam lawan di peringkat Piala AFC dengan corak permainan bertempo tinggi dan lasak. Dua perkara bakal dihadapi di ACL akan datang dalam masa terdekat. Menjuarai Kumpulan H yang terdiri dari pasukan keempat terbaik dari Indonesia, pasukan naib juara Liga Singapura dan juara Piala Vietnam adalah wajib.

Pasukan Persija Jakarta, Tampines Rovers dan Song Lam Nghe An harus ditepis dengan mudah.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia