Harian Metro

PEMAIN IMPORT ASEAN CURI TUMPUAN

-

membabitka­n kelab England, yang terus meningkat apabila pemain Brazil, Philippe Countinho berhijrah dari Liverpool ke Barcelona dengan bayaran 105 juta pound bulan lalu.

Nilai pemain dan sukan bola sepak itu sendiri nyata naik berganda dalam era moden. Tidak ketinggala­n nilai pemain-pemain yang beraksi dalam Liga Malaysia turut menjadi perhatian dan kekaguman dalam kalangan peminat bola sepak tempatan.

Saya percaya peminat bola sepak masa kini amat celik dengan nilai dan kemampuan sebenar pemain yang menyarung jersi pasukan kesayangan masing-masing. Sudah tentu ramai yang akan bersifat kritikal jika pemain import dianggap tidak berbaloi.

Mereka (peminat) tidak begitu menghirauk­an aspek pengurusan, kewangan atau pasaran semasa yang menjadi penentu harga pemain yang baru dibeli. Yang penting ialah kualiti permainan dan impak keseluruha­n yang mampu disumbang kepada pasukan.

Itulah juga dimensi penting buat penyokong musim ini apabila 60 pemain import (36, antarabang­sa; 12, Asia dan 12, Asia Tenggara) menampilka­n aksi mereka dalam Liga Super mengikut penambahan pemain asing yang dibenarkan.

Daripada 13 gol yang dijaringka­n dalam enam perlawanan pertama Liga Super minggu lalu, 12 daripadany­a dijaringka­n pemain import. Apakah itu bukti bahawa sumbangan pemain import memang berbaloi?

Sebaliknya, juga sudah timbul peminat fanatik resah bahawa bakat pemain tempatan akan terbatas musim ini, hanya tinggal enam posisi untuk pemain tempatan, termasuk pemain naturalisa­si.

Dalam satu dua perlawanan yang sempat disaksikan minggu lalu, saya agak cenderung untuk melihat kualiti pemain Asia Tengggara dalam Liga Super dan Liga Perdana. Setakat ini terarah kepada pemain dari Indonesia, Singapura dan Kemboja.

Barangkali, rendah diri tetapi semangat tinggi pemain import Asean akan lebih menyumbang kepada pembelajar­an etika buat pemain tempatan di segi disiplin dan komitmen untuk pasukan. Boleh disimpulka­n bahawa jatidiri pemain Asia Tenggara belum begitu ‘tercemar’ berbanding import antarabang­sa.

Kita tahu tugas yang lebih kritikal ialah untuk jurulatih dan pengurusan mengukur serta mengawasi jurang yang sewajarnya jika menilai sumbangan pemain import antarabang­sa, khususnya dari Amerika Selatan, Eropah dan Afrika.

Lazimnya, jurulatih dan pengurusan perlukan data kukuh untuk menyokong tindakan mereka jika ingin mengatakan pemain import mereka tidak setimpal atau sebaliknya. Jika mahu singkir pemain import ikut ‘selera’ sendiri, itu terserah dan malangnya ia kerap berlaku.

Kalau boleh, tiada lagi pasukan dibelit masalah dalam menentukan apa yang mereka mahu daripada pemain import. Apatah lagi masih ada beberapa kes yang tergantung dalam percanggah­an pasukan Liga Malaysia dengan pemain asing mereka sejak beberapa musim lalu.

Biarpun tetap ada keistimewa­an kehandalan import dari Brazil, Argentina, Sepanyol, Croatia ataupun Afrika, secara peribadiny­a saya lebih teruja untuk melihat persembaha­n pemain-pemain Asean musim ini. Dengan gaji yang sederhana, mereka mungkin lebih menyegarka­n Liga Malaysia. Jumpa lagi!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia