“KERETA ITU BERNILAI RM40,000”
Heboh seketika apabila pemain muda negara, N Thanabalan kehilangan kereta kesayangannya, Proton Iswara semasa menyertai upacara Thaipusam di Batu Caves, baru-baru ini.
Thanabalan beritahu
Spy Bola dia berasa sangat lega selepas kereta yang menggunakan nombor pendaftaran TQ 5198 itu ditemui semula kerana ia adalah antara barang kesayangannya.
”Bila kereta itu hilang, saya macam hilang kekasih. Walaupun saya beli dulu dengan harga hanya RM4,000 tapi nilainya kepada saya adalah ibarat RM40,000,” ujar Thanabalan berseloroh
Menurut Thanabalan, kereta yang dibeli pada 2016 itu banyak berjasa kepada dirinya serta keluarga. Walaupun memiliki sebuah lagi kereta, Proton Putra, namun dia lebih selesa menggunakan Iswara.
”Semasa mewakili FELCRA tahun lalu, saya menggunakan kereta ini untuk berulang-alik ke tempat latihan dari Senawang ke Kuala Lumpur. Ia tidak pernah meragam malah jimat minyak.
”Kereta ini juga seolaholah membawa tuah kepada saya kerana sejak membelinya karier saya meningkat serta rezeki saya bertambah,” katanya.
Thanabalan berkata walaupun sekarang dia berkemampuan jika mahu membeli kereta baharu namun dia akan terus menggunakan Proton Iswara itu selagi boleh digunakan.
”Pada saya kereta ini sudah cukup bagus untuk saya bergerak. Saya tidak mahu membazir membeli kereta baru walaupun mampu.
“Saya sekarang sedang mengumpul wang untuk membeli rumah demi keselesaan keluarga terutama kepada kedua-dua ibu bapa saya,” katanya.
Spy Bola: Masih simpan PAR 7294.